Assalamualaikum w.b.t.
Selamat berjumpa lagi di ruang perbincangan dan perkongsian ilmu ini. Pada kali ini ana ingin membincangkan mengenai keWALIan dan siapakah mereka. Pada mulanya tajuk ini amat berat bagi ana kerana faham-faham lah sebagai manusia awam taraf keWALIan amat sukar dan terlalu jauh bagi ana. Namun digerakkan juga jari jemari bagi menyempurnakan amanah "sampaikan dariku walau satu ayat' maka ana gagahkan juga menulis serba ringkas mengenai keWALIan ini dan akan di sambung dari semasa ke semasa sehingga selesai sekadar kemampuan ana.
Ana begitu tertarik dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Abdul Wahab Syaqrani. Bagaimana beliau diangkat menjadi wali dan siapa Guru Mursyidnya sehingga beliau menjadi wali. Ramai dalam kalangan kita mengatakan keWALIan ini dapat dicapai dengan penguasaan ilmu Syariat, thariqat dan hakikat. Dan ramai yang masih belum pon memahami apa sebenarnya yang dikatakan sebagai ilmu Syariat, Thariqat dan Hakikat tersebut. Maka pendapat orang awam selalunya mengatakan bahawaWALIan itu dicapai berdasarkan taraf ketinggian ilmu seseorang.
Kisahnya bermula begini. Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjidil haram yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.
Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani melintasi Ali Khawas. Ketika itu keluarlah dari mulut Sheikh Abdul Wahab Syaqrani ;
لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا
"Allah tidak menjadikan orang bodoh sebagai kekasihnya"
Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah dir;
جَعَلَ اللهُ لَهُ عَلَّمًا
"Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU"
Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjidil Haram. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka. Akibat terlau letih Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaanya di Masjidil Haram. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani bergegas ke Majidil Haram. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Syaqrani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan;
"Allah tak latik orang bodoh menjadi kekasih"
Jawab Ali Khawas:
"orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas"
Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani kerana tukang susun kasut jumut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani pada ketika itu sudah menjadi ulama' terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut selama 40 hari bagi diterima menjadi murid.
Sheikh Abdul Wahab Syaqrani dilatih selama 40 hari oleh Ali Khawas dan selama 14 hari Ali Khawas melarang muridnya itu bersolat dan sebagainya cuma boleh menurut perintahnya sahaja yang mana kebanyakan perintahnya dianggap kotor dan haram oleh kebanyakan manusia awam. Selepas selesai latihan selama 40 hari Ali Khawas memaksa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani menjual semua kitab dan hasil jualan disedekahkan kepada Fuqara'. Kemudian Sheikh Abdul Wahab Syaqrani diperintah mengajar seperti biasa tanpa kitab. Walaupun menolak Ali Khawas tetap mendesak dan ketika mula beliau hendak mengajar muncullah Rasulullah membimbingnya pada alam Rohani.
Maka terkenal ke seluruh murid-murid Sheikh Abdul Wahab Syaqrani keakraban dengan gurunya tersebut dan ketika wafat kedua-duanya dimakamkan sekali di mesir.
Pengajaran dari kisah ini. Kita sebagai manusia tidak mampu dan layak untuk mencampuri urusan ketuhanan dalam memilih siapa bakal kekasihnya. Sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah kita wajib ada Teguh cita-cita, Ikhtiar Usaha dan Rangkaian doa dalam setiap pekerjaan dan menyerahkan segala natijah atau keputusan kepada kebijaksanaan Allah jua.
Wassalam~~~
dipetik dari blog ustaz idris hj mahmud
Tuesday, August 3, 2010
TAUHID RUBUBIYAH
Ertinya mengaku dengan lidah dan hati bahawa alam ini ciptaan Allah. Maka Allah sahajalah tuan punya yang mentadbir, mengurus, mengawal, memelihara, memilik, menghidup, memati dan seterusnya. Orang-orang kafir juga mengaku akan tauhid ini di lidah dan di hati mereka. Tetapi mereka tidak ta'abbud (memperhambakan diri) zahir dan batin serta memohon pertolongan kepada Allah dalam hidup dan kehidupan mereka. Sebab itulah mereka dihukum dengan kafir, musyrik dan lain-lain perkataan yang seumpama dengannya. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang percaya tentang hari pembalasan/kebangkitan, hisab, qada dan qadar seperti kafir jahiliah Mekah di zaman Nabi sebelum dibangkitkan menjadi Rasul.
Mafhum Firman Allah s.w.t :-
"Katakanlah siapa yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan. Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan. Maka mereka menjawab 'ALLAH'. Maka katakanlah oleh itu mengapa kamu tidak bertakwa kepada Allah".
(Surah Yunus : Ayat 31)
Termasuk dalam tauhid ini ialah meyakini bahawa tiap-tiap suatu yang berlaku tidak keluar daripada takluk Qudrat dan Iradat Allah, dengan perkataan lain memberi erti berikrar bahawa zat Wajibal Wujud bernama Allah itu sahajalah fa'il atau pencipta mutlak bagi alam ini , tanpa besertanya oleh suatu yang lain dalam penciptaannya. Tauhid ini adalah asas bagi tauhid bahagian-bahagian yang lain iaitu Tauhid Asma' dan Tauhid Sifat. Segala rupa bentuk ilmu dan amal yang dilaksanakan oleh seseorang hamba dalam ubudiyah dan mintak tolong tidak sah atau tidak tepat atau masih dikira dosa besar atau masih dikira sebagai syirik uluhiyah jika ditujukan kepada zat yang lain yang tidak bersifat sebagai RABB. Oleh kerana itulah kita dapati dalam Al-Quran Allah s.w.t menyebut tauhid Rububiyah ini di makam pujian, makam ibadah, makam tunduk dan menyerah diri, makam penerangan sifat Allah dan nama-namaNya umpamanya:-
DI MAKAM PUJIAN ALLAH BERFIRMAN :
Mafhumnya :
"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"
(Surah Al-Fatihah : Ayat 1)
DI MAKAM PENYERAHAN DIRI DAN TUNDUK KEPADA ALLAH, ALLAH BERFIRMAN :
Mafhumnya :
"Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
(Surah Al-An'am : Ayat 71)
PADA MAKAM TAWAJJUH ALLAH BERFIRMAN :
Mafhumnya :
"Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
(Surah Al-An'am : Ayat 161)
PADA MAKAM IBADAT ALLAH BERFIRMAN :
Mafhumnya :
"Dan apabila ditanya sudahkah engkau menerima agama mereka ? : Maka jawabnya mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku? Dan kepadaNyalah (aku dan kamu) semua dikembalikan".
(Surah Yasin : Ayat 22)
Adapun bagi mereka yang mengaku bahawa zat yang bernama Allah Tuhan yang Maha Mencipta segala-galanya yang baharu. Tetapi tidak mentauhidkan pada uluhiyyahnya, tetap mensyirikkan Allah dengan sesuatu selain Allah dalam ubudiyyah dan minta tolong. Begitulah juga halnya jika seseorang tidak mentauhidkan Allah pada asma'Nya dan sifatNya mereka masih lagi menyerupakan sifat Allah dan nama Allah dengan makhlukNya, pada perkataannya, pada anggotanya, atau qosad hati ataupun mentakwilkannya dengan takwil yang salah.
Sebenarnya tauhid ini masih belum lagi menerima manfaat yang jelas dan nyata kepada mereka yang mentauhidkan akan dia selagi tidak mengambil tauhid uluhiyyah, kerana tidak dapat mengeluarkan seseorang itu daripada kufur kepada iman.
Oleh itu, jelaslah bahawa tiap-tiap mereka yang berikrar rububiyyah Allah bukanlah semestinya mereka itu mengesakan Allah pada uluhiyyahnya atau asma' dan sifat, kerana hadap hadapan dan hadap diri mereka dalam ubudiyyah dan minta tolong masih kepada yang lain(kepada thoghut) walaupun kita dapati lidah mereka menyebut Allah tidak putus-putus dan nyata perkara luar biasa seperti orang zindiq, murtad, dan munafik, mulhid wahdatulwujud dalam iktikad dan lainnya seumpanya.

TAUHID ULUHIYAH
TAUHID ULUHIYAH
Ertinya mengaku dengan lidah, anggota dan hati bahawa Allah itu Zat Wajibal Wujud (yang wajib ada) Mutlak yang berdiri pada zatNya segala sifat Kamal, Jamal, dan JalalNya sahaja wajib diubudiyahkan diri zahir dan batin dan wajib dipohon segala pertolongan oleh seluruh manusia dan jin.
Maksudnya hendaklah menjernihkan lidah, anggota dan hati akan yang lain daripada Allah, sama ada pada Zatnya, SifatNya dan Af'alNya. Dengan difardhukan ke atas diri agama serta patuh tunduk kepada Allah sahaja dalam melaksanakannya dan mengisytiharkan pengakuan ini melalui ucapan:-
Tauhid Uluhiyah ini pada hakikatnya mengandungi tauhid Rububiyah, tauhid Asma dan tauhid Sifat. Manakala tauhid Rububiyah pula di dalamnya tidak mengandungi tauhid Uluhiyah, kerana jika seseorang mengaku rububiyah Allah tetapi tidak melaksanakan ibadat kepada Allah seperti yang disyariatkan melalui Nabi dan rasul yang diutuskan tidak dikira sebgai Islam dan masih lagi bernama kafir atau musyrik. Begitulah halnya tauhid Asma' dan tauhid Sifat sahaja tidaklah di dalamnya mengandungi Rububiyah dan Uluhiyah, akan tetapi sesiapa sahaja yang mentauhidkan Allah pada Uluhiyahnya dengan mengaku bahawa Zat yang bernama Allah sahajalah berhak diibadatkan (diperhambakan diri dan minta tolong ) manakala Zat yang lain selain Allah tidak berhak sedikitpun diibadatkan kepadanya ertinya secara langsung seseorang itu telah mengaku menerima tauhid Rububiyah, tauhid Asma', tauhid Sifat dan tauhid Zat. Oleh itu nyatalah dengan sebenarnya bahawa kalimah Shahadah itu di dalamnya mengandungi semua tauhid seperti tersebut kerana itulah shahadah dinamakan TAUHID ULUHIYAH.
Oleh sebab itulah tauhid Uluhiyah adalah awal-awal agama dan penghabisannya, batinnya dan zahirnya yang wajib dipelajari. Berdasarkan tauhid inilah Allah menjadikan sekalian alam ini.
Mafhum Firman Allah:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku"
(surah Adz-Dzaariyaat : Ayat 56)
Di atas asas inilah juga diberi balasan pahala, darjat iman dan taat di dunia dan akhirat. Oleh itu siapa sahaja yang tiada padanya tauhid ini walaupun ada padaang tersebut tetap dijumlahkan sebagai kafir dan musyrik waliyazubillah, kerana masih lagi menjadikan Zat Allah yang wajibalwujud yang tiada menyerupai sesuatu itu setanding , setaraf atau setara dengan yang lain dalam ubudiah dan minta tolong.
Tauhid inilah yang disampaikan oleh para Rasul kepada sekalian manusia dan jin yang bermula daripada nabi Adam Alaihissalam dan berakhir kepada nabi kita Muhammad S.A.W melalui ucapan dua kalimah Shahadah.....

SHEIKHINA WA MURABBIYAN: RUKUN DAN SYARAT SYAHADAH
SHEIKHINA WA MURABBIYAN: RUKUN DAN SYARAT SYAHADAH: "RUKUN SYAHADAH 1) Mengisbatkan Zat Allah 2) Mengisbatkan Sifat Allah 3) Mengisbatkan Af'al Allah 4) Mengisbatkan kebenaran Rasulullah. SYA..."
Sunday, January 10, 2010
Tuan Guru Hj. Mahmud Nasri Othmani
Dilahirkan pada 13 Safar 1316 / 14 Julai 1898 Meninggal dunia pada 28 Safar 1400 / 16 Januari 1980 Dilahirkan dan kembali ke rahmatullah pada hari Rabu
Pengenalan
Sheikh Mahmud Nasri dikenali ramai oleh masyarakat negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang ulamak, tok guru pengasas pondok lanai negeri kedah, dengan nama madrasah misbahul Salam .beliau juga pengasas dan tok guru yang mengajar segala kitab-kitab dipondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru mengajar agama disurau dan masjud yang menjemout beliau mengajar kitab-kitab. Beliau mengajar ialah ilmu tauhid, fekkah , tasauf dan lain lain lagi, Isterinya mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas fardhu ain. Beliau juga sentiasa nenenuhi masa lapangnya dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hatinya kepada musyahadah akan Allah Taala.
3. Asal keturunan Namanya Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin haji Othman bin Haji Senik bin haji wan Hashim bin haji wan Abdul wahab , Datuknya ialah Allahyarham Assyahid Tok Nik Had .Beliau adalah keturunan tok mekong Awang Hitam, yaitu seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera kufar siam, ketika sedang solat dipinggir medan perang mempertahankan negeri dan kerajaan fathoni darul salam kira kira tiga abat yang lampau, mengikut jangkaan sejarah dalam tahun 1730M. Keturunan disebelah ibunya ialah haji mahmud nasri bin hajjah kamaliah binti haji saman bin haji abd samad (Tok Fakeh) bin hashim bin wan abdul wahab, Mengikut cerita allahyarham sheikh mahmud nasri, beliau adalah cicit almarhum penghulu kampong Bera fathoni namun wan hashim itu anak kepada asshahid Tok Nik Had (tok Mekong Awang Hitam). yang berpindah kenegeri kelantan ketika kejatuhan kerajaan islam fathani darulsalam kepada penjajahan siam. Bapanya haji Othman dilahirkan dikampung kuala lengkung kawasan bendang pendalaman kampong belimbin dalam jajahan pasir mas, dibesarkan dan didikkan oleh datonya dengan pelajaran agama kemudiasn belajar dipondok, setelah dewasa dibawa oleh datonya kenegeri kedah dan dinikak kan dengan ibunya (hajjah kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga ketyurunannya, hasil perkongsian hidup itu Allah Taala mengurniakan anaknya seramai sepuluh orang yang bernama ismail, mahmud Nasri, Saat, Ahmad, Aisyah , salmah, cik, zainab, Rokiah, dan seorang lagi bernama Huduh. 4. Kelahiran Dilahirkan dikampung alor besar kota sarang semut, kedah pada malam rabu 24 safar 1316 hijrah bersamaan 14 julai 1898 masihi. Ayanahda dan ibunya mempunyai pendidikan agama yang kuat maka mereka membesarkan sengan didikan agama , asas pengajian Al-Quran semenjak kecil lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh mahmud nasri dapat khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun, lepas itu pula diserah kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu dating bermukim di Kedah selama 5 tahun.kebetulan ketika itu pengajian Islam pendidikan utama bagi orang melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut Ilmu ke makkatul mukarramah, jadi kedua-dua ibu bapanya tiadalah ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu pengetahuan yang berguna.
5. Mula berhijrah menuntut ilmu Setelah Khatam pengajian asas kepada gurunya pak ngah idris hinggalah anak muda yang kian meningkat remaja ini dicurahi rasa dahaga dan mencintai ilmu pengetahuan.dengan berbekal semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu serta mencari keredhaan Allah Taala, ketika usia 12 tahun datang mengadap gurunya yang kedua di pondok gajah mati Tuan guru Haji Ismail @ Tok Chik Dol dalam daerah pendang kedah. Beliau menetap belajar di gajah mati selama 3 tahun, selepas itu beliau memohon izin kepada gurunya untuk berangkat ke pondok tuan guru haji yaakob kemelong Sik Kedah iaitu seorang ulamak yang masyur pada zaman itu, beliau berpondok di sik beberapa tahun dan lepas itu beliau memohon izin gurunya untuk berhijrah ke negeri Kelantan. Pada usia 18 tahun, beliau berhijrah ke negeri Kelantan menyambung pengajian kepada tuan guru haji Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).
6. Berhijrah ke Negeri Serambi Mekah
Beliau berhijrah ke Negeri Serambi Mekah berhasrat menuntut ilmu kepada guru-guru yang mashur pada zaman itu, tumpuan awal beliau kepada tuan guru syeikh Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang), dipondok Padang Jelapang sebuah pusat pengajian pondok yang mashur pada zaman itu, beliau tinggal dipondok ini bersama kanda sulungnya Ismail mengikut cerita semasa beliau belajar di Padang Jelapang , beliau adalah seorang murid yang benar benar tekun dan mempunyai daya usaha sendiri untuk menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari dari gurunya disetiap bidang samada Feqah, Tauhid, Tasauf dan ilmu-ilmu alat yang lain, beliau juga mempunyai ilmu asas yang cukup dan semangat yang tinggi sebelum beliau berhijrah ke Kelantan itu dimana beliau telah belajar kepada gurunya di Kedah, dengan kerana itu kemungkinan menjadi sebab untuk beliau khatam cepat kitab-kitab yang beliau pelajari dari gurunya ditambah pula dengan syeikh Wan Ahmad Tok Padang Jelapang seorang ulama’ yang mahir serta berpengalaman luas dalam semua bidang ilmu pengetahuan, beliau berguru kepada syeikh Wan Ahmad selama lapan tahun, lima tahun di Padang Jelapang tiga tahun dipondok Pasir Mas Salor
Sepanjang beliau belajar dipondok Pasir Mas Salor, beliau sentiasa mengambil peluang mengikuti kuliah tuan guru syeikh Yusuf Kenali secara berulang alik, selain dari itu beliau juga suka mengambil peluang mendekati Tok Kenali bertanya khabar akan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu yang tidak jelas akan kefahamannya kepada Tok Kenali, kerana itu banyak kitab-kitab yang beliau belajar serta menerima ijazah gurunya Tok Kenali, Beliau sangat suka mendekati Tok Kenali dengan apa cara sekalipun sekiranya diberi peluang, pada pendapat beliau hanya cara-cara begini beliau berpeluang untuk menuntuti ilmu yang berbentuk khususiah. Mengambil faham dengannya yang mana guru-guru mereka tiada menyampaikan didalam bentuk kuliah-kuliah umum, terutama megenai rahsia-rahsia ketuhanan dan makrifah bagi mencapai hati mushahadah Allah Taala dengan sebenar-benarnya. Mengikut kaedah ahli-ahli sufi. Selain daripada itu beliau berhajat supaya mendapat bimbingan secara terus daripada gurunya Tok Kenali seorang tokoh ulama’ yang sangat banyak ilmunya, kekeramatan dalam hidupnya, beliau juga selalu dijemput oleh gurunya tok kenali kerumahnya untuk mengurut badan tok kenali. Bermula dari sini beliau diberitahu oleh Syeikhnya Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama ilmu shatar yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada seluruh alam manusia , yang melayakkan manusia seluruhnya menjadi Khalifah sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan amalan khalifah pusaka wali agama islam, ilmu ini membezakan dengan ilmu nubuwwah dan ilmu risalah, kerana ilmu nubuwwah itu Allah Taala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga ilmu risalah Allah Taala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul alaihimussolati wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengambil contoh daripadanya dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. sedangkan ilmu shatar itu ialah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan diantara hak hak kehambaan dengan hak hak ketuhanan. Maka dengannya dapatlah menunaikan hak hak kehambaan kepada allah semata mata untuk memilik memerintah segala isi kandungan langit dan bumi ciptaan allah taala, dimakmurkan mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Taala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak hak kehambaannya.
Beliau menerima ijazah amalan khalifah pusaka wali Agama Islam daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali serta langkahan hulubalang rohani dan jasmani serta segala Aurad dan segala Ahzab segala Selawat Dalil-dalil khairat serta ilmu zahir, ilmu rohani segala kitab-kitab selepas mengikut cerita gurunya. Tok Kenali menyuruh beliau mengambil langkahan jabat 14, jabat penimbul, jabat besi, langkahan hulubalang kepada Tuan Guru Muhamad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat dan latihan aurad Muhamadiyah drpd Tuan GuruH Abdul Rahman Fathani.Kota Bharu dan segala latihan ilmu zahir, rohani, dan segala kitab daripada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Haji Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).Setelah mengadap gurunya yang tersebut, beliau bertemu pula gurunya Sheikh Yusuf Kenali kemudian gurunya iaitu Tok Kenali menyuruh beliau mengulangi latihan ilmu rahsia , petua-petua hikmah, hulubalang khalifah pada gurunya Sheikh Mohd Taib bin Haji Abdul Rahman Jabat.Latihan ini bertujuan menjaga keselamatan kesucian maruah agama diri keturunan hartabenda dan tanahair. Mengikut ceritanya lagi, gurunya Sheikh Mohd Taib itu, adalah guru agama yang mashur lagi ulamak pada zaman itu dan beliau juga guru silat, silat sheikh Mohd Taib namanya Seni Silat Khalifah.Dalam latihan silat Sheikh Mohd Taib itu, tiada terikat dengan satu susunan langkahan, tari dan buah. Bahkan diatas apa jua susunan langkah asalkan niat menjual dirinya dan hartanya kepada Allah dan Rasullullah S.A.W. untuk menjaga kesucian serta maruah agama islam diri keturunan hartabenda dan tanah air orang-orang islam. Wasilah rabitah kepada sultan auliya’ Syed Sheikh Muhyidin Abdul Qadir Jailani, Nabi Allah Khidir ‘Alaihi Salam , Nabi Muhammad S.A.W. serta menyeru diri zahir dan batin kepada keagungan kebesaran kemuliaan kekuasaan Allah Taala semata mata. Pada masa itu tiada siapa yang dapat menyaingi atau menandingi Sheikh Mohd Taib, banyak perkara mencarik adapt berlaku keatas diri Sheikh Mohd Taib, antaranya terbentuk sekumpulan awan hitam sentiasa memayungi beliau pada waktu cerah setiap kali beliau berjalan, dengan latihan inilah beliau memperkenalkan pula dengan nama Gerak Seni Silat Abjad.
7. Hasrat untuk pulang. Setelah lapan tahun beliau menuntut ilmu daripada gurunya dan setelah beliau berusaha khatam semua kitab kitab pengajian daripada gurunya beliau berhasrat hendak pulang ke kedah. Semasa beliau pulang itu bersamanya beberapa sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Othman Yanusi, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim.sebelum berangkat pulang mereka semua mengambil peluang mengadap memohon izin guru-guru mereka terlebih dahulu.Akhirnya mereka mengadap Tuan Guru Sheikh Yusuf Kenali memohon izin dan menerima amanah serta memohon doanya untuk berangkat pulang berkhidmat dengan segala ilmu yang telah dipelajari itu.Antara permohonan beliau kepada Tok Kenali ialah “tuan guru, ana berhasrat hendak pulang ke kampung, berhasrat hendak mengajar dan cari harta sedikit-sedikit” .maka jawab gurunya “dimana ada rimba disitu tempatmu, dimana kamu duduk, hendaklah mendirikan madrasah,kamu jangan tinggal madrasah”. Selepas mereka memohon maaf serta izin guru, mereka pun berangkat pulang dan semasa beliau pulang itu, beliau berusaha 27 tahun.
8. Pulang ke Kampung
Beliau pulang ke kampung dan tinggal bersama keluarganya. Tak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Pondok Gajah Mati iaitu tempat mula-mula beliau belajar. Beliau tinggal di Pondok Gajah Mati dan tak beberapa lama kemudian, datanglah pula Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin menjemputnya. Beliau ke Penanti Bukit Mertajam diatas permintaan Tuan Guru Syeikh Uthman Jalaluddin supaya ganti buat sementara sehingga anaknya Haji Muthalib pulang mengambil tempatnya, kerana Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin berhasrat naik ke Makkatul Mukarramah semula dan anaknya iaitu Haji Muthalib pula masih lagi menuntut ilmu di Makkatul Mukarramah. Pada masa itu Syeikh Othman Jalaluddin memperkenalkan diri beliau dengan gelaran Lebai Salam, sebab itu kebanyakkan orang tua-tua di Penanti Seberang Perai kenal beliau dengan nama Lebai Salam.
9. Berkhidmat Di Penanti
Syeikh Mahmud Nasri yang diperkenalkan dengan nama Lebai Salam itu berkhidmat di Madrasah Manabil Ulum Penanti Bukit Mertajam lebih kurang 1 tahun, Setelah itu Tuan Guru Haji Muthalib pulang mengambil tugasnya seperti mana pesanan ayahandanya. Selepas itu Syeikh Mahmud Nasri dijemput pula oleh saudara sepupunya Tuan Imam Haji Yusuf Haji Ibrahim, Imam masjid Lenggong Perak pergi ketempatnya diatas hasrat menyebarkan ilmu pengetahuan Islam disana, Ketika itu beliau tiada keberatan menerima undangan tersebut dan tiada beberapa lama selepas itu beliau berhijrah ke Lenggong Perak Darul Ridzuan.
10. Berhijrah Ke Lenggong Perak Darul Ridzuan.
Menurut cerita, beliau berhijrah dan bermukim di Lenggong Perak selama lebih kurang 2 tahun. Beliau mengajar ilmu tauhid, fekah, tasauf, dimasjid dan surau yang terdekat dibeberapa tempat di daerah itu, semasa bermukim diLenggong beliau berkahwin dengan anak saudara sepupunya (Tuan Imam Haji Yusuf). Isterinya bernama Azizah dan pada ketika itu beliau berusia 31 tahun. Isterinya guru Al-Quran dan Fardhu Ain. Beliau belajar Al-Quran dan ilmu Fardhu ain dan lain-lain ilmu agama daripada ayahandanya sendiri dan bapa saudara iaitu Haji Ahmad atau dikenali juga dengan panggilan Pak Chu Mat Kelantan. Bapa saudaranya iaitu Pak Chu Mat Kelantan pula belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama kepada Tuan Guru Haji Abdullah Senik di pondok Padang Pasir Mas Kelantan dan kemudian berhijrah ke Lenggong bersama isterinya dan menetap terus di Perak. Bapa mertuanya iaitu Haji Yusuf juga seorang guru agama dan sebelum itu pernah belajar agama di pondok Sungai Pinang kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik Bin Haji Hasan semasa beliau menetap di Kelantan iaitu sebelum beliau berhijrah ke Perak Darul Ridzuan.Menurut cerita sejarah daripada mertuanya (Haji Yusuf), beliau berhijrah dan menetap di Lenggong selepas pembukaan daerah hulu Perak, Kelantan dan Pahang yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Raahman Jabat ayahanda kepada Tuan Guru Sheikh Mohd Taib. Ini disebabkan kerana daerah hulu Perak, Kelantan dan Pahang pada ketika itu adalah kawasan bahaya bagi orang Fathani Kelantan Jawa dan Sumatera kerana daerah ini dikuasai oleh raja berempat iaitu raja bagi kaum orang-orang asli yang berpusat di Lojing yang mana sesiapa sahaja yang memasuki kawasan dan daerah itu akan diganggu oleh binatang-binatang buas yang dipuja oleh mereka. Setelah Sheikh Abdul Rahman Jabat membuka kawasan dan daerah itu maka daerah itu menjadi selamat, kisah ini meninggalkan kesan sejarah di hulu Perak, Kelantan dan Pahang dengan lambang Gajah Putih iaitu tunggangan Tengku Abdul Rahman Tok Tama atau Sheikh Abdul Rahman Jabat.
Tiada berapa lama selepas perkahwinan beliau dan beliau merasai hasratnya dan amanah gurunya belum dilaksanakan, maka Sheikh Mahmud Nasri pun mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri Kedah semula untuk menunaikan hasratnya dan amanah gurunya. Maka pada awal tahun 1932 masihi beliau berhijrah ke negeri Kedah dan berhasrat membuka pondok sendiri dan kawasan yang ditujui oleh beliau ialah sebuah rimba yang baru diterokai oleh penduduknya yang mana mereka tidak mempunyai guru yang boleh mengajar mereka tentang ilmu-ilmu agama.
11. Membuka Madrasah Misbahus Salam.
Pada 12 rabi’ul awal 1351 H bersamaan 15 Ogos1932 M beliau berhijrah ke Kampung Lanai daerah Baling dalam negeri Kedah Darul Aman, Lanai pada ketika itu adalah merupakan sebuah kawasan yang masih baru yang mana ia meliputi hutan dan rimba yang belum diterokai dan hanya didiami oleh beberapa buah rumah keluarga sahaja Di kawasan inilah pada pendapatnya seperti yang disifatkan oleh gurunya (Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kenali) untuknya menetap dan membuka pondok.Penduduk Lanai pada ketika itu mengerjakan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Kampung Padang yang mana jaraknya daripada Lanai lebih kurang 15 kilometer dengan berjalan kaki. Beliau merasai amat sesuai untuknya menetap di kampung Lanai lalu bersetuju bersama beberapa orang penduduk setempat berusaha mendirikan sebuah madrasah untuk digunakan sebagai tempat solat di samping belajar agama dan memberi nama madrasah tersebut dengan nama Madrasah Misbahus Salam.
Selepas pembukaan Madrasah Misbahus Salam itu, Lanai dan kawasan yang berhampiran dengannya menjadi terkenal. Maka ramailah masyarakat luar yang datang berhijrah ke Lanai untuk menuntut ilmu pengetahuan di pondok tersebut yang mana gurunya adalah murid kepada ‘ulama yang terkenal di asia tenggara iaitu Sheikh Muhammad Yusuf Kenali Al-Kelantani.
Sebelum itu Lanai adalah sarang segala khazanah yang akhirnya menjadi kota ilmu pengetahuan agama Islam. Maka masyhurlah di dalam negeri Kedah nama Lanai disebabkan adanya Pondok Lanai dan semakin bertambah masyarakat yang datang serta menetap di Lanai terutamanya di Pondok Lanai.Apabila masyarakat Lanai menjadi semakin banyak, maka pada tahun 1938 M, Madrasah Misbahus Salam serta tapaknya itu sekali menjadi kawasan masjid dan tanah perkuburan qariah Lanai dan Madrasah Misbahus Salam berpindah ke kampung Caruk Salang kira-kira 3 kilometer dari Pondok Lanai yang asal.
Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar yang tinggal menetap di Pondok Lanai turut berhijrah bersama guru mereka (Sheikh Mahmud Nasri) ke pondok barunya di Caruk Salang. Selepas itu pada tahun 1940 M di negeri Kedah berlaku darurat yang mana penaklukan tentera Jepun keatas Tanah Melayu. Selepas itu pergerakan Komunis memerintah menyebabkan berlakunya peperangan, kecurian rompakan, samun di sana sini, kekurangan mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, perusahaan pertanian dimusnahkan dan sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar di pondok tersebut terpaksa meninggalkan tempat pengajian mereka atas dasar keselamatan disamping mencari bekalan makanan dan tidak kurang juga hampir separuh daripada pelajar-pelajar tersebut yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Selepas penyerahan tentera Jepun, datang pula tentera Komunis dengan tujuan yang sama seperti tentera Jepun.Dan pada masa itu beliau (Sheikh Mahmud Nasri) menumpukan perhatiannya kepada usaha memulihkan semula keamanan negara manakala di bidang pertanian, beliau mengusahakan sawah padi di kawasan Sungai Tembak sebagai sumber makanan hariannya.
Dalam memulihkan semula keamanan negara, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang, Kupang Baling, Kedah.Satu kisah yang berlaku semasa darurat di zaman Komunis bilamana Pegawai Daerah Baling iaitu Tuan Syed Abu Bakar telah ditangkap oleh tentera Komunis dan dibawa ke kem Komunis di kampung Dalam Wang Bawah Gunung,Baling dan diikat seluruh badannya, tentera Komunis menggali sebuah lubang kubur untuk menanam Syed Abu Bakar hidup-hidup, ketika itu kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Badlishah memohon pertolongan Tuan Guru Haji Yahya Taha untuk menyelamatkan Syed Abu Bakar.Tuan Guru Haji Yahya Taha segera menubuhkan satu pasukan penyelamat yang mana menurut cerita seramai 125 orang dan diketuai oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani, Tuan Haji Daud Bongor, Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan lain-lain lagi berangkat dengan misi menyelamatkan Syed Abu Bakar. Mengikut cerita Komunis, daripada sejumlah 125 orang penyelamat yang menyertai misi tersebut, hanya tiga orang sahaja yang berjaya sampai menyelamat Syed Abu Bakar dan dianggarkan seramai 600 orang Komunis dengan diketuai oleh Cheng Peng dan beberapa orang Melayu.Tentera Komunis hanya menyedari akan kedatangan pasukan penyelamat tersebut apabila tali yang diikat oleh tentera Komunis pada badan Syed Abu Bakar telah dibuka, pada ketika itu mereka sedang mengepung.Dalam keadaan yang demikian itu, pasukan penyelamat tersebut telah memohon kepada Cheng Peng untuk membawa keluar Syed Abu Bakar daripada tempat tersebut dan Cheng Peng telah mengizinkan mereka untuk beredar.Keadaan bertukar menjadi sebaliknya selepas pasukan penyelamat beredar dari tempat tersebut kira-kira 40 meter bilamana Cheng Peng telah mengarahkan tenteranya menembak pasukan penyelamat tersebut.Selama hampir 30 minit berlakunya kejadian tembak menembak, akhirnya pasukan penyelamat tersebut dapat menyelamatkan diri bersama dengan Syed Abu Bakar dan pasukan penyelamat berjaya membawa keluar Syed Abu Bakar kemudian menyerah kepada pasukan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Badlishah yang bersama Tuan Guru Haji Yahya Taha yang sedang menunggu di Kampung Caruk Bembam,Kupang. Tempat penyerahan tersebut sekarang ini telah dibina sebuah sekolah menengah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Abu Bakar Baling. Tidak lama kemudian tentera Komunis telah menyerah kalah, tentera British menguasai semula dan akhirnya keamanan Tanah Melayu telah kembali pulih seperti biasa.
12. Pembukaan Madarasah Misbahul Falah Madrasah Misbahul Falah telah ditubuhkan pada tahun 1957 setelah terjadinya kesepakatan diantara Tuan Haji Abu Bakar iaitu bapa mertua kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih dan penduduk tempatan serta kerjasama daripada Tuan Guru heikh Mahmud Nasri Osmani.
Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih adalah anak kelahiran Kelantan yang berasal dari daerah Pengkalan Chepa Kota Bharu.Beliau adalah merupakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah dan berguru kepada beberapa orang tuan guru disana seperti Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Mukhtar Abdul Malik Kudri Al-Makki, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili dan Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki.
Sekembalinya beliau dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya dan beliau telah selesai menuntut ilmu pengetahuan serta berbekalkan dengan keazaman yang kuat beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama islam kepada anak bangsanya.Atas kehendak ayahandanya, Tuan Guru Sheikh Omar Zuhdi mengambil keputusan menetap di Banggol Berangan Lanai, Kupang Kedah serta membuka pondok pengajian diatas nama Madrasah Misbahul Falah.
Menurut perancangan awal, pembukaan Madrasah Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Badlishah pada tahun 1957. Setelah hari keberangkatan baginda sultan Kedah ditetapkan dan segala persiapan telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang satu berita yang mengatakan bahawa baginda sultan Kedah telah mangkat. Pihak pengurusan Madrasah mengadakan acara tahlil sempena kemangkatan sultan Kedah dan Madrasah Misbahul Falah tersebut dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih.
Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi sendiri, mengikut system pengajian Nizhomi dan Umumi.Sistem pengajian nizhomi adalah system pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke thanawi dan sistem pengajian umumi adalah pengajian kitab-kitab torah dari kulit ke kulit.Sistem pengajian nizhomi dan umumi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan masyarakat yang dahaga ilmu pengetahuan agama serta dapat berjalan sehingga sekarang ini. Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani pula mendirikan sebuah madrasah mengekalkan nama madrasah Misbahus Salam di rumahnya berhampiran dengan madrasah tersebut.Beliau membantu mengajar kitab-kitab torah secara umumi kepada mana pelajar yang berada di madrasah Misbahul Falah yang gemar menuntuti ilmu kepadanya.
13. Gerak Seni Silat Abjad.
Gerak Seni Silat Abjad yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti nama kepada nama asal ilmu dan amalan yang diterima daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali dan menerima latihan daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat.Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita isterinya ialah kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan umat melayu islam terumbang ambing mencari perlindungan setelah negara menghadapi kelompok perkauman hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan berlaku pertumpahan darah yang dikenali peristiwa 13 / 5 / 1969 (13 Mei), ketika itu lahirlah berbagai-bagai ajaran syirik, khurafat dan bid’ah berlaku berleluasa dalam masyarakat umat melayu.Ketika itu dan ketahui olehmu serta insaf baik-baik bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bid’ah yang dilaknat oleh Allah akan orang-orang yang berbuat akan dia.Seperti mana sabda Nabi S.A.W.
Maksudnya :
“Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia daripada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya”.
Maka melihatlah oleh saya ketika itu berbagai-bagai ragam ilmu, amalan wirid, jampian yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa memberi bekas yang lain daripada Allah ta’ala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah ta’la akan mereka itu bahawa memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logic akal antaranya :
i . mengadakan petua atau satu kaedah bersumpah atau mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat.
ii. Mengadakan petua atau kaedah yang besrtakan pantang larang menepati hukum syara’ harus atau haram.
iii. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah atau mencarik adat luar biasa.
iv. Mengadakan petua ataukaedah yang mesti berpegang kepada ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal, dan lain-lain yangzahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana i’tiqad Qadarih, Jabariah atau Mu’tazilah.
v. Mengadakan yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana.
Menyedari betapa gemarnya kehendak umat melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah ta’ala :
Mafhumnya :
“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”. (Al-Hasyar ayat 7)
Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani serta menerima latihan ilmu rahsia, petua hikmah, hulubalang khalifah daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada hakikat tauhid serta yang sah i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi ahli sunnah wal jama’ah dan berjalan pada zahirnya dengan syariat yakni muafakat pada zahir dengan syariat Muhammadiah dan batin pula dengan tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan nabi Muhammad S.A.W.) hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah dan kepada Allah ta’ala jua.
Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi Gerak Seni Silat Abjad yang menerima talqin ucapan dua kalimah syahadah serta memfardhukan Islam keatas dirinya untuk memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang diantaranya dan di antara suruhan Allah ta’la.
Maka lahirlah kekuatan keatas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air.
Maka bagi setiap silat hendaklah ia tolak atau buang akan lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan menegakkan lima perkara iaitu :
i . Iman yang teguh serta beradab mukmin.
ii. Sejahtera diri, Keluarga, masyarakat dan tanah air.
iii. Melazimkan ihsan di setiap tempat, waktu dan masa.
iv. Menjadi umat yang diterima.
v. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah)
Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara :
i . Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-apa kerja atau amalan atau latihan.
ii. Mengambil langkah sunnah atau langkahan hulubalang mempertahankan diri.
iii. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muktabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.
iv. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.
v. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan rupa mengjar, belajar, mendengar, bermuzakarah, mutala’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya sekira-kira ada masalah yang dihadapi atau di musykili.
Kata-kata wasiat Banyak barang tiruan dalam pasaran, Barang asli dalam rumah ahli, Dapat beza dalam majlis tandingan, Datang benar hancur binasa yang bathil, Benar tetap benar, bathil tetap bathil, Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli, Tiada menjadi korban pengorbanan, Tiada dimahkotakan pahlawan, Nafsu tujuh rupa tujuh terbit, Taulannya di luar atas rupanya baik atau jahat, Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal, Dosa pahala dikira melaluinya, Tiada guru syaitan mengaku jadi guru, Ahli sufi palsu berbagai ragam ratib jampian, Lumrah insan kalah memakai menang membeli.

Sunday, October 18, 2009
Kafiat Surah Al Waqi'ah
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)