Monday, September 22, 2008

Akta Keselamatan




dipetik dari www.malaysiakini.com

Raja Petra akan dihantar ke Kamunting

Sep 23, 08 10:36am

Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hari ini permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.

Isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa KDN telah mengeluarkan perintah tahanan tersebut semalam.

bm version internal security act section 73 subsection 1 isa 120908Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.

Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Pilih Yang Dipertuan Agung , Anwar - PM Malaysia : Prof Dr. Abdul Aziz Bari

Oleh professor

Setelah Perdana Menteri menolak agar diadakan satu persidangan khas parlimen, maka pilihan kedua ialah dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru – Prof Dr. Abdul Aziz Bari

Lain – lain perkara

1. Sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan.
2. Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.
3. Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.
4. Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.
5. Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.
6. Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Harus jangan lupa , sekiranya benar Anwar tidak ingin menimbulkan sebarang kekalutan dan keadaan tidak tenteram , ada baik nya proses pengambilalihan Putrajaya dibuat pada 13hb oktober.

Pada tarikh tersebut , Parlimen memulakan persidangannya , dan dengan kehadiran semua ahli – ahli parlimen , kecuali ada lagi lawatan sambil belajar kali kedua ke Taiwan , maka proses hijrah dapat dilakukan dan disusuli dengan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan kerajaan umno/bn.

dipetik dari tranungkite.net

Beranikah Abdullah isytihar pilihan raya mengejut?

Shirzat Lifeboat
Tue | Sep 23, 08 | 9:38:13 am MYT

Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS.

Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri.

Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu.

Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat.

Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan penyokong dari Umno ke PAS dari masa ke masa berlaku atas pelbagai faktor � yang terbesar ialah kemampuan Umno dalam menggalas tanggungjawab terhadap orang Melayu dan Islam semakin dilihat tidak lagi berkesan dan kemampuannya kian dipertikaikan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, lanskap politik Malaysia terubah dengan kejayaan KeADILan yang relatifnya baru dalam senario proses pemilihan elektoral memperolehi 31 kerusi Parlimen (20 daripadanya dimenangi calon Melayu). PAS mendapat 23 kerusi, DAP 28.

Dengan kemungkinan setidak-tidak 30 Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan, menjadikan jumlah kerusi Pakatan 112 berbanding BN 110, maka BN tidak lagi berkuasa di peringat Persekutan.

Perkiraan inilah yang menguatkan hasrat Dato' Seri Anwar Inrahim mengambil alih kerajaan.

Walaupun ia tidak berlaku pada 16 September lalu, namun tidak mustahil ia akan berlaku pada satu tarikh lain memadangkan ada Ahli Parlimen BN yang dikatakan berada di ambang meninggalkan parti masing-masing kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mendahului proses menterjemahkan protes rasa tidak puas hati ini sehingga mengucapkan selamat tinggal kepada BN ialah Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar dari BN pada 17 September 2008.

Juga di sebalik semua penafian Abdullah dan pemimpin kanan Umno-BN mengenai peralihan kuasa itu, ramai melihat keputusan SAPP sebagai bermulanya satu chain-reaction yang bakal menyaksikan lebih banyak komponen BN atau Ahli Parlimennya yang menuruti jejak langkah parti itu.

Ramai menanggap rancangan peralihan kuasa tajaan Anwar ini satu ancaman sahih yang diyakini oleh BN sendiri di sebalik pelbagai penafian, bermula saat pengumuman 49 Ahli Parlimen Backbenchers BN membuat lawatan ke Taiwan menjelang 16 September.

Tentu sekali ramai yang tidak mempercayai bahawa tujuan mereka ke negara tersebut adalah semata kerana mempelajari pertanian. Malah ramai berkongsi pandangan bahawa penahanan beberapa individu termasuk seorang Ahli Parlimen DAP ada kaitan dengan rancangan Anwar itu.

Walaupun perkaitan sedemikian tidak begitu jelas, yang pasti beberapa pemimpin Umno termasuk yang berjawatan menteri tidak bersetuju dengan penahanan wartawan Sin Chew Daily. Keadaan ini sudah tentu menambahkan lagi luka kesatuan pemikiran, pandangan dan keputusan dalam Umno yang amat utuh satu ketika dulu.

Yang Razali Kassim, felo kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Techonological University, Singapura berpendapat: "Keadaan darurat boleh diisytiharkan, atas sebab bahawa negara (Malaysia) sedang memasuki satu tempoh ketidak-stabilan berpanjangan. Kerajaan telah mengkaji opsyen darurat sejak kemelut pilihanraya 8 Mac. Ketua Turus Angkatan Tentera telah membangkitkan � dua kali � mengenai keadaan huru-hara ini dan meminta kerajaan supaya bertindak. Adalah sesuatu luar biasa bagi seorang jenderal tinggi untuk berkata demikian."

Keputusan Abdullah bertukar portfolio dengan timbalannya Dato� Seri Najib Abdul Razak yang menyaksikan beliau menjadi Menteri Pertahanan mengundang spekulasi selanjutnya kepada pandangan di atas.

Tulisan tersebut turut juga menyentuh tentang kemungkinan sebuah pilihan raya umum mengejut, "... Sekiranya BN akan kehilangan kuasa mengapa tidak sahaja mengadakan pilihan raya sekali lagi untuk cuba mengubah gelombang? Itu, bagaimanapun, mungkin akan membuktikan satu strategi berisiko bagi BN. Lagipun, kali ini BN mungkin akan tersingkir terus."

Kebarangkalian BN kehilangan kuasa jika satu pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat adalah tinggi memandangkan ramalam kemenangan moralnya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu tidak menjadi, malah Anwar menang lebih besar.

Walaupun ketika menjawab soalan media pada 16 September lalu Abdullah mendakwa masak dengan cara dan strategi politik Anwar, namun beliau mungkin terlupa betapa menerusi semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang pernah disandang bekas TPM itu ketika dan sebagai pemimpin yang amat popular, Anwar dapat memahami mindset pemimpin Umno dan budaya yang melahirkan mindset sedemikian serta insight kepada cara Umno dan kerajaan BN bergerak dan bertindak dalam menghadapi krisis.

Anwar sesungguhnya memiliki kemampuan mempengaruhi keadaan. Kehadiran semula beliau dalam senario politik Malaysia menghantui Umno dan sedikit sebanyak memberikan impak perpaduan dalam PAS sendiri.

Politik Malaysia berada dalam keadaan paling kelam-kabut dan tidak stabil. Debu politik pilihan raya umum masih belum mendak walaupun sudah berlalu hampir lapan bulan.

Sementara semua ini berlaku, golongan yang menyandarkan harapan berlakunya peralihan kuasa terus meyakini Anwar boleh melakukan satu keajaiban politik dan seterusnya urus-tadbir kerajaan yang serba-sempurna dalam keadaan majoriti mudah yang paling minima. - mks. _

dipetik dari www.harakahdaily.net

Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR

Sep 22, 08 8:16pm
Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata:

"Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

"Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat.

"Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP."

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

dipetik dari www.malaysiakini.com

9 Okt ibarat 'dengar guruh di langit'

Muda Mohd Noor | Sep 22, 08 12:02pm
kemaskini 7:26pm "Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah minggu lepas digesa meletakkan jawatan presiden Umno sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Sementara beberapa yang lain mencadangkan Abdullah melepaskan jawatannya jika terbukti gagal mendapat sokongan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat sehingga 9 November ini.

Beliau memerlukan pencalonan 58 daripada 193 bahagian untuk layak bertanding jawatan tersebut yang disandangnya sekarang sejak 2004.

Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata saranan seumpama itu "permainan orang yang gila hendak bertanding."

"Mesyuarat bahagian pun belum lagi, mana tahu mereka tidak sokong Abdullah? Kalau satu, dua bahagian mungkin adalah (yang tidak mencalonkannya).

"Permainan ini dibuat oleh agen-agen politik yang mahukan naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, tambahnya, sebahagian besar bahagian dipercayai akan mencalonkan Abdullah kerana beliau pengerusi perhubungan Umno dan juga perdana menteri.

Musa menambah, ahli-ahli akar umbi di negeri itu mahu presiden Umno erus menerajui parti selepas Disember ini.

Ketua bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, jika hanya beberapa anggota MT menggesa sedemikian bukan bermakna ia tidak mahu beliau bertanding.

Masing-masing membuat ramalan sedangkan, tambahnya, cara terbaik ialah menunggu bahagian mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

"Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.

Ketua bahagian Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman berkata, cakap-cakap Abdullah bakal menghadapi masalah kuota pencalonan satu usaha meminggirkan perdana menteri.

"Dakwaan bahawa Abdullah tidak cukup pencalonan merupakan andaian sahaja kerana mesyuarat bahagian belum bermula," katanya.

Beliau menambah, jika kepimpinan tinggi Umno saling cabar-mencabar ia akan merebak sampai ke bawah.

Katanya, jika ia berlaku, Umno akan mengulangi peristiwa 1987 yang menyaksikan perpecahan dua puak dalam parti itu sebelum ia kemudiannya diharamkan.

Timbalan ketua bahagian Umno Semberong, Abidin Abdul Rahman berkata, Abdullah perlu mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, sebagai presiden parti, Abdullah tidak boleh terpengaruh dengan dakwaan bahawa beliau tidak cukup pencalonan.

Bagaimanapun, jika sahih bahagian-bahagian tidak mahukan beliau lagi, Abdullah tiada pilihan lain kecuali berundur.

"Dalam sejarah Umno, orang lebih sayangkan parti daripada individu.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan Umno, ahli tidak mengikut jejaknya," katanya.

Ketua bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jika bahagian sudah tidak mahu kepemimpinan Abdullah lagi, beliau tidak akan dicalonkan.

"Kita kena ikut demokrasi, siapa yang ramai orang sokong, dialah yang jadi pemimpin," katanya.

Manakala ketua bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, Abdullah perlu melihat kehendak ahli-ahli terhadap kepimpinannya sekarang.

Katanya, jika ramai yang bercakap mereka tidak mahu lagi, Abdullah perlu berundur.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Ishak berkata, jika Abdullah berkeras mahu mempertahankan jawatan presiden, dan ada calon lain yang mahu bertanding, Umno akan berpecah-belah selepas perhimpunan agung kelak.

Ditanya calon yang paling sesuai dicalonkan sebagai presiden Umno, Ishak berkata, "orang ramai mahukan Datuk Najib".

"Orang kata, Abdullah sudah hilang kawalan dan kerana itu Umno perlukan nakhoda yang baru.

"Tengku Razaleigh Hamzah tidak sesuai menjadi presiden parti kerana sudah lanjut tempoh," katanya.

Timbalan ketua bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang perkara tersebut dengan alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi di dalam parti.

"Apa yang penting ialah sama-sama mencari jalan menyatupadu dan mengukuhkan parti.

"Cakap-cakap yang keterlaluan bukan untuk mengukuhkan parti tetapi boleh menyebabkan ahli berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan," katanya.

Sementara naib ketua bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, berkata cara terbaik ialah memberi peluang kepada perwakilan bahagian menentukan pemimpin parti.

Katanya, ahli Umno yang lebih mengetahui pemimpin yang baik untuk parti itu.

(dipetik dari www.malaysiakini.com)

Yang di-Pertuan Agong atau parlimen?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari
Tue | Sep 23, 08 | 9:14:01 am MYT

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara.

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan.

Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang di-pertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan terlupa peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga negara � satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja.

Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja.

Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana Umno menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak.

Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini.

Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.

Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan.

Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik.

Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi.

Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal.

Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita.

Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan.

Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

(Profesor Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal beliau berbahasa Inggeris oleh WauBebas.org)

(dipetik dari www.harakahdaily.net)

UMNO AKAN DI LUPAKAN; TAN SRI MAHYUDIN YASIN,NAIB PRESIDEN UMNO

Oleh neraca

"SELURUH MANUSIA ITU HANYALAH DARI SATU KETURUNAN, SAMA DARAHNYA DAN SAMA DAGINGNYA, SAMA ASAL USULNYA IAITU DARI TANAH KEMUDIAN MENJADI MANI, KEMUDIAN TERBENTUKNYA MENJADI ORANG, KEMUDIAN KEMBALI JADI TANAH. TIDAK ADA DARAH BANGSAWAN DI DUNIA INI YANG KETURUNANNYA BUKAN DARI ADAM AS"

PROF.DR HAMKA

Benar dan tepat sekali bahawa UMNO akan dilupakan di bumi Malaysia suatu masa nanti.

Lantaran itu, demi menyelamatkan UMNO maka parti UMNO semestinya membuka ahli kepada bukan melayu demi perjuangan MELAYU dan mengukuhkan lagi Barisan Nasional.

Ini adalah kerana Barisan Nasional sudah ada pesaing yang hebat lagi mantap iaitu Pakatan Rakyat. Apabila dikaji Pakatan Rakyat yang baru dibentuk itu maka dapat kita rumuskan bahawa parti yang digabungkan oleh Pakatan Rakyat iaitu PAS, KEADILAN dan DAP merupakan parti yang tidak tertakluk kepada satu kaum sahaja. Contohnya PAS, merupakan Parti yang berlandaskan ISLAM, maka semua kaum boleh menyertai PAS dengan syarat mereka itu mestilah beragama Islam dan mestilah berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah . Bagi mereka yang hendak menjadi pemimpin hendaklah memahami isi kandungan Al Quran dan Al Hadis serta mahir seta beramal dengan ajaran Islam. Pas wajib melantik Pesuruhjaya Pas bagi tiap-tiap negeri yang mempunyai kelayakan atau basic Islam yang hebat di mana seseorang pesuruhjaya mestilah mahir dan beramal dengan Al Quran dan Sunnah.

Parti Keadilan pula, telah membuka seluas-luasnya ahli parti kepada semua kaum di Malaysia. Para pemimpin yang hendak menjadi peminpin hendaklah mempunyai latarbelakang diri yang boleh diterima oleh masyarakat.

Parti DAP pula, telah juga membuka ahli kepada semua kaum di Malaysia ini.

Lantaran itu, tiga tonggak utama parti PAS, KEADILAN DAN DAP merupakan suatu PAKATAN RAKYAT yang kuat dan akan menerajui pemerintahan MALAYSIA suatu hari nanti. Harus diingat ada orang berpendapat bahawa PAKATAN RAKYAT tidak boleh memerintah Malaysia kerana berlainan ideologi adalah salah sama sekali kerana ideologi merupakan perkara kedua, yang penting adalah ASAS PERPADUAN yang utuh sesebuah negara bagi menjamin tamaddun yang indah dan berkesan.

Apabila kita melihat kepada Barisan Nasional pula, hanyalah dua parti sahaja yang terbuka iaitu PARTI GERAKAN DAN PPP. Manakala UMNO, MCA ,MICdan komponan di Sabah dan Sarawak hanyalah tertutup kepada satu puak sahaja.

Tidak menjadi kejutan sekiranya Gerakan dan PPP serta parti-parti di Sabah dan serawak akan menyertai Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana asas perbentukan parti Gerakan dan PPP adalah untuk semua kaum. Pakatan Rakyat seharusnya tidak menerima parti yang hanya untuk satu kaum sahaja. Seandainya Pakatan Rakyat menerima parti yang berteraskan satu kaum maka pakatan tidak dapat bertahan lama.

Apabila dilihat senario politik Malaysia hari ini, maka dapat kita simpulkan PAKATAN RAKYAT akan memerintah Malaysia suatu hari ini...Lambat atau cepat hanyalah bergantung kepada kuasa ALLAH. Di mana ALLAH sajalah yang boleh mencabut hayat pemerintahan Barisan Nasional. Samalah juga manusia bila mana ALLAH akan mencabut nyawa hambaNYA"

(dipetik dari www.tranungkite.net)

Sunday, September 21, 2008

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari
Sun | Sep 21, 08 | 11:16:57 am

Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.

Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.

Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) - (www.WauBebas.org).

(dipetik dari www.harakahdaily.net)

Friday, September 19, 2008

Mujahid: Pakatan hantar surat pada Agong

Athi Veeranggan | Sep 20, 08 2:28pm

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.

Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.

Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.

Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut. Berita asal

(dipetik dari www.malaysiakini.com

Pastikan PAS terus bergerak ikut landasan Islam

Roslan Shahir
Fri | Sep 19, 08 | 3:55:14 pm

Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias.

Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu, apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.

Hari ini kita merupakan antara parti yang memiliki kekuatan keahlian yang terbesar, dengan cawangan di merata pelosok tanah air, dan pimpinan yang berbagai kelayakan, pengalaman dan latar belakang.

Ia merupakan peningkatan berlipat kali ganda berbanding dengan PAS sewaktu awal penubuhannya dahulu. Hari ini kita merupakan parti di luar BN (saya tidak mahu sebut pembangkang) yang memiliki kerusi Parlimen dan Dun yang terbanyak yakni 107 kerusi. Iaitu 23 parlimen dan 84 Dun (termasuk Dun Sanglang yang terbaru).

Lantas kita sedar bahawa ini merupakan anugerah Allah SWT kepada kita yang perlu dipikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Apapun, asas dan prinsip kita tidak sekali-kali akan berubah, kita akan kekal mendaulatkan Islam sama ada dalam keadaan kita tinggal 1 kerusi parlimen dan beberapa kerat kerusi Dun atau kini dengan 107 kerusi.

Oleh itu apabila ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan memperingatkan kita darihal asas dan prinsip asal perjuangan kita, sepatutnya kita terima dan sama-sama akur. Biar kita beringat diwaktu senang jangan sebaliknya.

Semua kita bertanggungjawab memastikan kita tidak tergelincir apalagi berundur atas landasan yang telah ditetapkan, dan siapakah lagi yang terlebih berat tanggungjawabnya jika tidak pimpinan tertinggi.

PAS kita yakin akan terus teguh dan kukuh. Apa sahaja perbezaan pandangan di kalangan kita perlu kembali kepada panduan tertinggi kita. Perbezaan itu tidak wajar dibawa sehingga memecah-belahkan jemaah, kerana ini gerakan Islam, tiada siapa di antara kita yang mahu terlibat dan dipersalahkan dalam memecahkan kesatuan Islam yang telah sama-sama kita bentuk dengan darah dan air mata ini.

Sama-samalah kita bekerja untuk Islam, kita pertahankannya dan dalam waktu yang sama kita berkawan dan bertahaluf dengan sesiapa sahaja yang menghormati dan memahami dasar dan prinsip perjuangan kita itu.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS _

(dipetik dari www.harakahdaily.com)

ZAKAT PENDAPATAN (GAJI)

KAEDAH A

2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun. Contoh RM1,500 x 12 bulan = RM 18,000.00.
Kadar Zakat yang dikenakan

RM18,000.00 x 2.5% = RM 450.00 setahun
RM 450.00 setahun dibahagikan dengan 12 bulan = RM 37.50 sebulan


KAEDAH B

Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun.

CONTOH: A Berkahwin

Gaji A RM1,500.00 sebulan x 12 bulan = RM18,000.00 setahun
Ditolak keperluan hidup:

i. Diri (setahun) RM8,000.00
ii. Isteri (setahun) RM3,000.00
iii. Anak (setiap seorang) RM 800.00
-----------
RM11,800.00 (setahun)
-------------
RM 6,200.00 (setahun)

Kadar zakat yang dikenakan ialah

RM6,200.00 x 2.5% =RM155.00 setahun
RM155.00 dibahagikan kepada 12 bulan =RM12.91 sebulan

Abdullah liabiliti pada Umno-BN

Intan Abdullah
Sat | Sep 20, 08 | 9:22:50 am

KUALA LUMPUR,20 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh dianggap sebagai liabiliti kepada Umno-BN yang memaksa sesetengah pihak di dalam Umno sendiri mencadangkan agar beliau 'bersara' dengan lebih cepat.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata apabila Abdullah menjadi liabiliti kepada BN, ia sekaligus mendorong pihak tertentu dari dalam partinya mendesaknya menyerahkan jawatan tertinggi dalam kuasa eksekutif kepada orang lain.

"Keadaan ini bertambah parah dengan mood rakyat yang tidak senang lagi dengan BN apatah lagi Abdullah kini dilihat tiada keupayaan dalam kepimpinan BN yang sangat rapuh dan goyah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sungguhpun begitu jelasnya, Abdullah masih boleh melaksanakan pertukaran portfolio dengan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak selepas pembentangan belanjawan negara 2009 pada 1 September lalu.

"Belanjawan itu pun masih belum dibahaskan, tiba-tiba tukar menteri. Kerajaan BN nampaknya sudah serabut dan tidak stabil," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula melahirkan rasa kehairanan dengan tindak-tanduk Abdullah yang terlalu cepat menukar pendirian dan pandangan terhadap sesuatu.

"Kenapa beliau terlalu mudah berubah ? Ini tidak baik kepada negara kerana beliau adalah pemimpin nombor satu," tegasnya.

Tambahnya, sikap pemimpin seperti Abdullah ini adalah sangat tidak baik serta membimbangkan rakyat.

Ditanya mengenai punca tindakan Abdullah tersebut Tan yang juga ahli Parlimen Kepong menyatakan ianya mungkin berdasarkan faktor tekanan ekoran tekanan yang banyak daripada dalam mahupun luar Umno-BN.

"Memang ada pergolakan dalam parti itu, itulah yang menjadi tekanan kepada Abdullah untuk buat macam-macam benda yang kita tak terfikir," ujarnya lagi.

Mengulas suara-suara sesetengah pihak daripada kalangan Umno yang mahu Abdullah bersara awal, disusuli dengan pertuakaran portfolio antara Abdullah dan Najib, Tan menyatakan kebingungan dengan perkara tersebut.

"Ini kerana bajet pun belum dibahaskan, ia perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan.

"Sebaiknya semua ini selesai sebelum 31 Disember tahun ini, sehingga semua ini belum dilaksanakan, proses transisi portfolio tersebut tidak boleh dikuatkuasakan," katanya lagi.

Tegasnya, kejadian yang sangat mengejutkan dan menghairankan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Belanjawan tersebut jika mengikut jadual yang saya sebutkan tadi boleh berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.

"Ini tidak, kenapa bentang bajet, selepas enam minggu tanpa sebarang perbahasan sekarang tukar menteri kewangan.

"Semacam ada kekecohan, belum bahas tapi sudah tukar orang. Pelik binti hairan," demikian ujarnya. - mks._

(dipetik dari www.harakahdaily.com)

Pakatan akan bincang keengganan PM

Syed Jaymal Zahiid | Sep 19, 08 6:30pm

Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan beberapa hari lagi untuk membincangkan keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memanggil sidang khas Parlimen.

"Seperti yang dinyatakan oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) semalam, kita akan mengadakan satu mesyuarat dengan pemimpin Pakatan untuk membincangkan langkah seterusnya. Kita masih mahu melakukannya (ambil alih kuasa) mengikut Perlembagaan," kata Naib Presiden PKR, R Sivarasa kepada Malaysiakini.

Anwar mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah di sidang khas Parlimen.

Permintaan Anwar itu dibuat mengikut Seksyen 11(3) Peraturan Tetap Parlimen yang menyatakan perdana menteri boleh memanggil sidang dewan jika wujud keperluan demi kepentingan awam.

Semalam, Abdullah menolak kemungkinan mengadakan sidang khas Parlimen dan telah meminta Anwar membangkitkan perkara yang berkaitan apabila dewan bersidang semula pada 13 Oktober.

Abdullah menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar semalam, tetapi Sivarasa berkata, Pakatan menunggu penolakan bertulis dari perdana menteri.

"Kita menyerahkan kepadanya (Abdullah) surat rasmi dan kita mengharapkan yang sama dari mereka. Kita mahu perdana menteri menulis secara terperinci mengapa beliau enggan memanggil sidang khas tersebut," tambahnya.

'Kita ada cukup MP'

Ahli Parlimen Subang itu mengulangi dakwaan Pakatan bahawa ia mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup, tetapi mereka tidak mahu didedahkan kerana bimbang diganggu.

'Jika beliau memanggil sidang khas, ia adalah cara yang paling mudah untuk melakukannya," tambah naib presiden PKR itu.

Ditanya mengapa, pada pendapatnya, Abdullah menolaknya, Sivarasa menjawab kerana beliau (Abdullah) bimbang dengan kemungkinan Pakatan mengambil alih kuasa.

"Saya rasa beliau memang tahu yang kita mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang cukup dan beliau takut untuk menerima realitinya. Apa yang kita minta adalah sesuatu yang rasional dilakukan dan beliau kasar dalam jawapannya," kata Sivarasa.

Sebelum ini, Anwar mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri, tetapi Abdullah menolaknya dengan alasan tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian.

(dipetik dari www.malaysiakini.com)

Mubarak anggap PM hanya bergurau....

Muda Mohd Noor | Sep 19, 08 4:44pm
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa majlis tersebut sebagai 'orang pencen' sebagai gurauan sahaja.

Naib Presiden Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, perdana menteri memang seorang yang suka berseloroh dengan ahli-ahli Mubarak.

“Kita tidak ambil hati dengan kenyataan perdana menteri kerana kita tahu sikapnya yang suka bergurau.

“Hubungan Mubarak dengan perdana menteri amat baik dan tiada konfrontasi dengan beliau,” katanya.

Semalam, ketika diminta mengulas gesaan Mubarak yang memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis Abdullah berkata:

"Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu"

Mengikut perancangan awal, Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Othman berkata, apa yang penting ialah Mubarak telah menyampaikan hasrat ahli-ahli Umno supaya perdana menteri melaksanakan pelan peralihan kuasa lebih awal.

Pelan peralihan kuasa

Katanya, ia merupakan suara dan hasrat ahli-ahli Umno dari seluruh negara yang perlu disampaikan kepada perdana menteri.

“Dalam mesyuarat agung Mubarak baru-baru ini, semua pengerusi negeri kecuali Pulau Pinang, mahu pelan peralihan kuasa disegerakan.

“Pengerusi Pulau Pinang J Raj berkata, beliau mahu berkecuali kerana Abdullah berasal dari negeri itu,” katanya.

Semalam, Pengerusi Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika dihubungi berkata, sebaik selesai pilihanraya umum 8 Mac lalu, Mubarak menemui perdana menteri supaya melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya.

“Bagaimanapun, Abdullah tidak memberi jawaban terhadap cadangan Mubarak itu,” katanya.

Abu Zahar berkata, keputusan itu dibuat kerana keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Katanya, Mubarak merasa sangat dukacita kerana lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang.

Demi kepentingan bangsa

Beliau berkata, semalam Mubarak sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan kerana Umno dan kerajaan berada dalam keadaan kelam kabut.

Katanya, keadaan menjadi bertambah gawat dan tidak menentu dengan isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa ialah pada pertengahan 2010.

Mubarak, katanya tiada sebarang kepentingan dalam isu peralihan kuasa ini, melainkan demi kepentingan bangsa dan parti.

“Oleh kerana ada pemilihan dalam perhimpunan agung Umno tahun ini dan kalau ada pertandingan akan berlaku politik wang, maka kita bimbang (keadaan) akan menjadi lebih teruk.

“Oleh itu kalau boleh, peralihan kuasa ini perlu dipercepatkan untuk meredakan keadaan dan berlaku secara aman damai,” katanya.

Abu Zahar berkata, Umno sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) perlu menjadi lebih kuat daripada parti parti-parti komponen yang lain.

(dipetik dari www.malaysiakini.com)

Dijamu 'seperti makanan anjing', dakwa Teresa

Jimadie Shah Othman | Sep 19, 08 9:55pm
Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada penahanan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menghabiskan tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.

Menjelang pesta kuih bulan Ahad lalu, dua hari selepas ditahan, wakil rakyat Seputeh itu berkata beliau sedih kerana pada waktu itu beliau sepatutnya berada bersama ahli keluarga.

“Saya sedih memikirkan perasaan mereka di luar tanpa kehadiran saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi - lebih dua jam selepas dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pesta kuih bulan merupakan sebuah perayaan yang penting bagi masyarakat Cina. Pada hari itu, semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk makan besar.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu.

Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di sebuah bilik berudara tidak segar.

Beliau hanya diberikan dua bantal apabila diminta, katanya. Bagaimanapun selimut dibekalkan.

Teresa juga berkata, beliau pada mulanya tidak dibekalkan dengan sebarang bacaan untuk mengisi masa lapangnya.

Apabila perkara itu diberitahu kepada polis di balai berkenaan, mereka bertanya kepadanya sama ada beliau memerlukan Bible, al-Quran atau kitab agama Buddha.

“Kamu bagi Bible, Quran, kitab Buddha, kamu bagi apa-apa saja, saya baca. Lepas itu, polis bawa saya sebuah Bible,” katanya yang beragama Kristian.

Atas permintaannya beliau dibekalkan dengan akhbar setelah beberapa hari “tidak tahu-menahu apa yang berlaku”.

Teresa juga berjaya “mencuri” udara segar dan berhawa dingin apabila dibawa bertemu dengan pegawai penyiasat setiap hari pada jam 5.30 petang.

Untuk dibawa ke situ, pada hari pertama sahaja beliau digari, selepas itu tidak lagi selepas dibantah.

Menyatakan kekesalan atas penahanannya itu, Teresa berkata belaiu tidak boleh faham bagaimana beliau dikatakan mengancam keselamatan negara sebagai alasan untuk menangkapnya di bawah akta itu.

“Bila saya tanya mereka tidak boleh jawab. Mereka kata itu arahan daripada pihak atasan,” katanya.

“Ini bulan Ramadan, bulan suci, ini dosa. Kenapa tangkap orang yang tidak bersalah.”

Sepanjang tempoh penahanan itu, menurutnya, beliau memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diajukan pegawai penyiasat kepadanya.

“Saya tulis jawapan untuk semua soalan. Semua yang ditulis sama seperti apa yang dinyatakan dalam blog. Saya sangat telus,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara itu.

Penahanannya genap tujuh hari lalu juga disifatkan seperti sebuah penculikan.

“Polis sekat kereta saya, mengetuk cermin mengatakan ditahan di bawah ISA,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan polis yang tidak membenarkannya membuat panggilan telefon sewaktu awal-awal ditangkap sedangkan, katanya, beliau layak mendapat satu panggilan kepada keluarga dan peguamnya (foto kanan).

Beliau juga tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju terlebih dahulu.

Oleh itu, Teresa, memberikan nombor-nombor telefon penting kepada pemandunya supaya penangkapannya itu dapat dimaklumkan.

Dalam sidang akhbar penuh ceria yang dihadiri beberapa pimpinan DAP dan PKR dan kedua ibu-bapanya itu, beliau berkata akan terus bekerja sebagai exco dan wakil rakyat kerana “ada banyak kerja untuk dibuat”.

Beliau berkata akan lebih sibuk daripada dulu.

Ditanya sama ada polis menyatakan sebab pembebasannya, beliau berkata tidak.

(dipetik dari www.malaysiakini.com)

ASAL USUL KEJADIAN ADAM A.S

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah.
Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang
sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.

Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S
(Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya
untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan
Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan
jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas
namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan
kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan
sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Eden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah
dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah
resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu
dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul
Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh
Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya
mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana
Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan
letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

A. Mata alat penglihatan

B. Hidung alat penciuman

C. Telinga alat pendengaran

D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam,
maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih
merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah
dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu
terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.
Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk
manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam
diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahualam


Sumber :

http://www3.uitm.edu.my/citu/SM/IMK102.pdf

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :

1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram

WAHAI MUJAHID

Wahai mujahid ayuh berjuang...berjuang
Demi Islam ad-deen yang tercinta..aaa
Agama kita dijunjung mulia...aa
Hingga berada di puncak jaya

Rakan-rakan, kita berjuang.......berjuang
Dan berjihad di mana-mana...aaa
Demi mempertahankan kedaulatan
Kemuliaan nama dan maruah

Dalam diri janganlah ada
Sifat pengecut gerun dan gentar
Kerna mujahid yang berjihad
Adalah tentera Allah wira pendekar

Selaut peluh dan darah...ya Allah
Tumpah ke bumi tidak percuma...aaa
Kerna nanti ada ganjaran Allah
Syurga firdaus yang aman bahagia

Ahli MT desak PM jangan bertanding...

Muda Mohd Noor | Sep 19, 08 1:05pm

Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

umno 2007 pak lah abdullah ahmad badawi 061107Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.

Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.

Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.

Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.

Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.

Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

Thursday, September 18, 2008

Islamic Flag




An Islamic Flag, known as the 'Flag of Islam' ('Alam al-Islam) or 'Flag of Shahada' ('Alam al-Shahada) featuring the first Kalimah, the Shahada, widely used by Muslims. White flags with black lettering symbolically represent 'Dar al-Salam/Islam' and Black flags with white lettering symbolically represent 'Dar al-Harb/Kufr

Ingat pesanan Ustaz Fadzil - Perangi khurafat kedua Umno!

Al-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah mengajak rakyat memerangi khurafat yang dibawa Umno di kalangan orang Melayu, iaitu dengan mendakwa hanya Umno boleh memerintah.

Al-marhum dendiri yang menamakan dakwaan itu sebagai khurafat, iaitu amalan atau kefahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Khurafat besar itu berakar umbi dalam kefahaman orang Melayu sejak sekian lama.

Hasil penerangan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah pejuang PAS, khurafat itu makin hari makin terhakis. Hari ini sekurang-kurangnya enam buah negeri di Semenanjung pernah menolak fahaman khurafat tersebut.

Setelah terbukti di depan mata bahawa Umno boleh untuk tidak jadi pemerintah, maka fahaman songsang itu tidak lagi dijaja di kalangan orang Melayu.

Namun tidak bermakna usaha menyambung hayat kuasa melalui fahaman khurafat yang diterapkan di kalangan orang Melayu dihentikan.

Mereka menukar pula fahaman yang ditolak tadi kepada kenyataan baru iaitu kuasa Melayu-Islam terhakis jika Umno hilang kuasa.

Selepas pilihan raya umum ke-12 Umno mencanangkan Melayu hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Nasib Melayu dan Islam akan terancam.

Negara dikejutkan dengan kenyataan seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mendakwa masyarakat Cina hanyalah penumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan Bumiputera. Ucapan itu dibuat dalam siri kempen BN di Permatang Pauh.

Setelah disergah parti komponen BN dari kalangan Cina, Umno jadi gelabah dan Timbalan Presidennya, Najib Tun Razak sepantas kilat menuntut maaf kepada masyarakat Cina atas perlakuan yang bukan dilakukannya.

Ahmad lalu menjelaskan bahawa apa yang disampaikan beliau adalah pernyataan di zaman British. Beliau hanya menyampaikan fakta sejarah, bukan berniat mahu memusuhi orang Cina.

Soalnya mengapa kuliah sejarah itu diadakan sewatu berlangsung pilihanraya kecil Permatang Pauh, di hadapan pengundi Melayu?

Bukankah kerana mahu memberitahu orang Melayu bahawa ketuanan serta hak istimewa mereka akan hilang jika mengangkat manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lantaran beliau bersekongkol dengan DAP yang kononnya mahu mensaksamakan hak-hak rakyat jelata negara ini berasaskan Malaysian Malaysia?

Alangkah lebih baik jika Ahmad menjelaskan begitu dari berputar-belit ke hulu ke hilir menyalahkan wartawan kononnya menyalahtafsirkan kenyataannya.

Isu besar yang diprojekkan ke benak pemikiran orang Melayu pasca-pilihanraya umum ke-12 ialah Melayu kehilangan kuasa politik, sekurang-kurangnya di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kehilangan kuasa Melayu, ditakrifkan Umno sebagai keadaan di mana Umno tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

PAS dan Melayu KeADILan tidak sempurna Melayunya. Umno sahaja barangkali yang lebih Melayu dari orang Melayu. Isu yang dibawa Umno selepas mereka hilang kuasa ialah isu berasaskan asobiyyah kaum.

Sejak Umno hilang kuasa di lima negeri, isu-isu yang mereka ketengahkan sentiasa berbaur perkauman. Isu kandang khinzir, pemberian tanah kepada masyarakat bukan Melayu, pelajar bukan Melayu di UiTM, pemberian projek tidak berasaskan kronisme DEB adalah antara yang dimainkan Umno.

Persoalan besarnya ialah mengapa isu 'memperjuangkan' Melayu hanya bergegar selepas Umnohilang kuasa. Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, masih terdapat orang Melayu yang merempat di pinggir bandaraya.

Ahmad Ismail pun tentu menyaksikan sendiri satu demi satu tanah milik Melayu Pulau Pinang tergadai kepada orang lain. Tanah orang Melayu yang menguasai Balik Pulau 30 tahun dulu, sekarang apa dah jadi?

Isu Melayu Pulau Pinang sudah jelak untuk diperkatakan. Semakin diulas semakin menyakitkan hati.

Sepanjang separuh abad Umno-BN berkuasa di negeri itu, tidak ada satu hari di mana ekuiti orang Melayu bertambah dari sebelumnya (berbanding bukan Melayu) melainkan terus berkurang dan berkurang.

Umno ternyata gagal membangunkan Melayu sewaktu berkuasa. Mengapa sekarang, waktu hilang kuasa, baru terhegeh-hegeh nak perjuang hak Melayu yang terhakis?

Semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang didominasi Gerakan. Penasihat Gerakan Tun Dr Lim Kheng Yaik sewaktu bersama Umno pun menyampah dengan gelagat parti itu. "Kami menghadapi Umno yang paling bongkak sekali ekoran keputusan pilihanraya 2004.

Penyalahgunaan kuasa, rasuah, tender secara perundingan yang kebanyakannya diperolehi syarikat yang ada kaitannya dengan Umno," kata Lim Kheng Yaik dalam temubualnya dengan The Edge.

Paling menarik ialah pembongkaran beliau mengenai budaya politik wang Umno yang turut memberi kesan kepada parti komponen BN yang lain. "Semuanya wang, wang, wang dan wang," ujar Kheng Yaik.

Amat memalukan apabila rakan bukan Melayu Umno yang mendedahkan perangai buruk mereka yang meletakkan duit sebagai mauduk perjuangan.

Jelaslah, dakwaan bahawa kuasa Melayu hilang ekoran kekalahan Umno adalah khurafat kedua yang mesti diperangi. Khurafat itu pula mereka peralatkan untuk menagih kuasa.

Teruk benar Umno, bukan setakat 'sumpah' mereka peralatkan, 'khurafat' pun mahu diperalatkan. - mr_

(dipetik Harakahdaily )

BACA LA...TAK RUGI PUN

">Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka

PAS tahu senarai MP lompat

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

ahmad awang pas information chief 100605Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC


Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

Sep 18, 08 2:30pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.


(dipetik dari www.malaysiakini.com )

Mereka Yang tertewas

hmmmm....dah nak kalah dah...rasa2 sikit saja lagi...pastu kita semua boleh menyaksikan satu sejarah baru di malaysia. Satu peralihan kuasa yang bagi aku cukup sentimental rock dan dangdut best beserta hangit...tak lama dah tu...TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR....

Wednesday, September 17, 2008

Siapakah orang yang.....

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu
kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang
email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan
menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan
apa yang dilihatnya..
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal
dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah
Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a..w lagi, "Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan
turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang
Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan
tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat
kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik..

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:-

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah

S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan

kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada
alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg
menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang
seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu
akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg
mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan
dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba
apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan
semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka
setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2
itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh
ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika
hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm
orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah
neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar
dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika
berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah
agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau
busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak
pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat
mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus
dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi
saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah
& nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg
enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,
kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg
melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah
"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga
antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,
sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan
cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit
sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg
derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang
seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke
dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar
pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu
hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti
bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim
seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka
semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih &
melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara
solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan
Allah S.W.T"