Oleh neraca
"SELURUH MANUSIA ITU HANYALAH DARI SATU KETURUNAN, SAMA DARAHNYA DAN SAMA DAGINGNYA, SAMA ASAL USULNYA IAITU DARI TANAH KEMUDIAN MENJADI MANI, KEMUDIAN TERBENTUKNYA MENJADI ORANG, KEMUDIAN KEMBALI JADI TANAH. TIDAK ADA DARAH BANGSAWAN DI DUNIA INI YANG KETURUNANNYA BUKAN DARI ADAM AS"
PROF.DR HAMKA
Benar dan tepat sekali bahawa UMNO akan dilupakan di bumi Malaysia suatu masa nanti.
Lantaran itu, demi menyelamatkan UMNO maka parti UMNO semestinya membuka ahli kepada bukan melayu demi perjuangan MELAYU dan mengukuhkan lagi Barisan Nasional.
Ini adalah kerana Barisan Nasional sudah ada pesaing yang hebat lagi mantap iaitu Pakatan Rakyat. Apabila dikaji Pakatan Rakyat yang baru dibentuk itu maka dapat kita rumuskan bahawa parti yang digabungkan oleh Pakatan Rakyat iaitu PAS, KEADILAN dan DAP merupakan parti yang tidak tertakluk kepada satu kaum sahaja. Contohnya PAS, merupakan Parti yang berlandaskan ISLAM, maka semua kaum boleh menyertai PAS dengan syarat mereka itu mestilah beragama Islam dan mestilah berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah . Bagi mereka yang hendak menjadi pemimpin hendaklah memahami isi kandungan Al Quran dan Al Hadis serta mahir seta beramal dengan ajaran Islam. Pas wajib melantik Pesuruhjaya Pas bagi tiap-tiap negeri yang mempunyai kelayakan atau basic Islam yang hebat di mana seseorang pesuruhjaya mestilah mahir dan beramal dengan Al Quran dan Sunnah.
Parti Keadilan pula, telah membuka seluas-luasnya ahli parti kepada semua kaum di Malaysia. Para pemimpin yang hendak menjadi peminpin hendaklah mempunyai latarbelakang diri yang boleh diterima oleh masyarakat.
Parti DAP pula, telah juga membuka ahli kepada semua kaum di Malaysia ini.
Lantaran itu, tiga tonggak utama parti PAS, KEADILAN DAN DAP merupakan suatu PAKATAN RAKYAT yang kuat dan akan menerajui pemerintahan MALAYSIA suatu hari nanti. Harus diingat ada orang berpendapat bahawa PAKATAN RAKYAT tidak boleh memerintah Malaysia kerana berlainan ideologi adalah salah sama sekali kerana ideologi merupakan perkara kedua, yang penting adalah ASAS PERPADUAN yang utuh sesebuah negara bagi menjamin tamaddun yang indah dan berkesan.
Apabila kita melihat kepada Barisan Nasional pula, hanyalah dua parti sahaja yang terbuka iaitu PARTI GERAKAN DAN PPP. Manakala UMNO, MCA ,MICdan komponan di Sabah dan Sarawak hanyalah tertutup kepada satu puak sahaja.
Tidak menjadi kejutan sekiranya Gerakan dan PPP serta parti-parti di Sabah dan serawak akan menyertai Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana asas perbentukan parti Gerakan dan PPP adalah untuk semua kaum. Pakatan Rakyat seharusnya tidak menerima parti yang hanya untuk satu kaum sahaja. Seandainya Pakatan Rakyat menerima parti yang berteraskan satu kaum maka pakatan tidak dapat bertahan lama.
Apabila dilihat senario politik Malaysia hari ini, maka dapat kita simpulkan PAKATAN RAKYAT akan memerintah Malaysia suatu hari ini...Lambat atau cepat hanyalah bergantung kepada kuasa ALLAH. Di mana ALLAH sajalah yang boleh mencabut hayat pemerintahan Barisan Nasional. Samalah juga manusia bila mana ALLAH akan mencabut nyawa hambaNYA"
(dipetik dari www.tranungkite.net)
No comments:
Post a Comment