Sunday, October 18, 2009

Kafiat Surah Al Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Wednesday, May 20, 2009

Coretan

Aku sujud , aku pohon
Ampunkanlah wahai Maha Pengampun

Ku pernah menyanjung dunia
Silamku mengumpul noda dan dosa
Ku kenal tanpa mengenali
Ku sanjung tanpa mengetahui
Ku bangga tanpa kusedari
Jalan gelap aku telah susuri

Aku sujud , aku pohon
Ampunkanlah wahai Maha Pengampun

Jalan terang telah diberi
Menyatakan benda yang nyata
Gerak aku hiduplah aku
Diam aku matilah aku
Ku bersyukur nikmat Ilahi

Aku sujud , aku pohon
Ampunkanlah wahai Maha Pengampun

Darussalam tempat bertemu
kekasihku guruku Maharaja
Dipayung panji yang hakiki
pesanan guru aslinya ahli
takkan terpesong didunia ini...

Aku sujud , aku pohon
Ampunkanlah wahai Maha Pengampun

Hayati

Rasulullah SAW bersabda:

"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan (mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang yang makan dengan rakus.”

Sahabat bertanya,

“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai (dari sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak berguna), tidak dapat memberikan apa-apa erti (kesan) dan musuh (orang kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam ketika itu) ibarat (hanya) buih di lautan.”

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu Al Wahan?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Cintakan dunia dan takutkan mati".

Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi SAW sabdanya:

“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya Allah akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (ketika itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”

Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya :

“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.

Beliau menjawab :

“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :

“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Dah lama dah

Dah lama dah tak menulis ni, takdak idea. Kebelakangan nih terlibat ngan macam2 program. Program maulud, program paksi,program abjad sampai tak larat nak ikut dah rasanya.

25 dan 26 mei ni program pengurusan jenazah pulak...mintak mintaklah berjaya...

InsyaALLAH ada kelapangan kita cuba cari penulisan yang baru...

Friday, April 24, 2009

AMALAN PUSAKA KHALIFAH WALI AGAMA ISLAM

Mengikut pengertian yang dimaksudkan ialah suatu barang yang ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW keatas umatnya sehingga qiamat, yang terdiri daripada kelompok manusia sebaik-baik umat yang dibangkitkan dari kalangan manusia seluruhnya.

Manusia ini mengambil Allah sebagai pemelihara, penjaga, pendidik dan kekasih dalam ubudiyyah dan minta perlindungan pertolongan serta sanggup pula menerima, melaksana, memikul amanah agama Islam semasa menjalani kehidupan harian dibumi Allah swt, tidak terhenti diatas satu susunan langkahan, aurad, wirid, zikir dan jampian.

Mungkin kita akan bertanya kepada diri kita atau kepada sesiapa dikalangan orang-orang yang berilmu.

Betulkah bersilat, bergayung, berubat dan lain-lain lagi ada hubungkait dengan agama Islam? Sedangkan aku tak pernah dengar tok-tok aku, juga Tokguru aku berkata, sedangkan bagi mereka apabila disebut bersilat, bergayung berbagai-bagai ungkapan buruk dikeluarkan, adakalanya dikatakan sesat, tak ada didalam sunnah Nabi, umpama jabat 14, jabat penimbul, jabat besi, semuanya itu Nabi tak pernah buat. Susunan warid, jampi doa ini Nabi tak pernah baca, tidak ada dalam hadis, pekerjaan itu kalau tak sesat pun jatuh dalam bida’ah dholalah, ahli neraka dan berbagai-bagai lagi.

Saya selaku penulis kata memang betul bersilat, bergayung, jabat 14, jabat penimbul, jabat besi dan semua seni langkahan pertahanan diri itu yang ada nama atau tiada nama Nabi tak pernah buat dan tak ada dizamannya. Cuma Nabi memberitahu dosa dan pahala dalam amalan umatnya, samaada melalui perkataan, perbuatan atau denyutan lintasan hati, sentiasa dikira oleh Allah Taala dengan nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq atau taat, patuh tunduk kepada Allah Taala.

Latihan Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam samada jabat 14 atau lainnya daripada wirid jampi dan doa semua diambil daripada Tuanguru yang ulama sufi diambil daripada Tuangurunya seorang ulama’ sufi yang masyhur ada untaian salasilah guru tempat ambilan, Tuanguru kata semua latihan jabat itu dan lain-lain cara langkahan masuk dalam kata doa jasmani (iaitu satu cara latihan menolak apa-apa juga rupa bentuk jahat yang nampak dengan mata atau sebaliknya menerpa kearahnya, Tuanguru kata, tolak jahat maksudnya kufur & maksiat manakala menerima baik maknanya iman dan taat.

Dikehendaki latihan ini seseseorang diri atau ramai-ramai berzikir, berjampi, berwirid dan berdoa tujuannya melatih lidah berkata-kata yang baik lebih banyak daripada berkata-kata yang sia-sia atau berhenti terus dari berkata-kata yang jahat.
Sebab itulah, dalam Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam sebesar-besar wirid ialah membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat dan lain-lain aurad yang telah disusun oleh ulama’ muktabar yang ahli pada babnya.

Setiap kalimah yang baik dijadikan bacaan wirid samada faham makna atau tiada, asalkan datang daripada ulama yang ahli pada babnya. Semuanya boleh jadi wirid, kerana ulama yang ahli pada babnya, semuanya tidak akan menjerut dengan kalimah atau wirid yang menyebabkan batal aqidah, syariat, akhlak. Begitu juga dengan langkahan jasmani yang dibuat sebagai doa jasmani, bertujuan menselarikan kerja buat anggota jasmani dengan rohani supaya tetap berada diatas agama Islam, sebelum, semasa, selepas mengadakan latihan pertahanan diri atau sebagainya.

Manakala hati pula, ditumpukan ingatan dan sebutan hanya kepada Allah dengan meletakkan Allah sebagai penumpuan ubudiyah diri dan memohon perlindungan dan pertolongan dalam apa jua suasana dan keadaaan sekalipun disemua tempat dan masa.
Setelah difahamkan semua kerja buat berdasarkan kepada agama bertujuan seperti mana kehendak ma’na ma’ni Al-Quran menjadi tempat rujukan, sudah tentu tidak akan terjebak sama sekali dengan label, murtad, munafiq dan kufur dalam ilmu dan amalannya.

Perlulah diambil perhatian untuk mendapat sesuatu yang baik, untuk pergi kepada baik, untuk melaksana baik, yang menyampai darjah taqarrub disisi Allah swt dengan darjah iman dan taat amat berat, amat sukar, amat payah kecuali kepada mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh menuntuti kebaikan sebenar dari Allah swt.
Mungkin seawal perjalanan atau ditengah perjalanan atau diakhir perjalanan menuju kepada baik seseorang itu akan dipamerkan pelbagai rupa yang menjadi kesukaan, kecenderungan, memberangsangkan keinginan menuju kepadanya mengikut langkahan lambat atau cepat yang akhirnya akan meninggalkan terus akan baiknya sesudah berada dengannya atau menjadi orang yang ragu-ragu, was-was dalam hati setelah berjaya dipujuk oleh syaitan, dunia atau mereka-mereka yang telah rosak aqidahnya datang menghiburkan atau bermimpi dan sebagainya.

Maka dikehendaki makna AMALAN ialah: kenderaannya PUSAKA ialah: sesuatu yang ditinggalkan untuk waris yang berhak. KHALIFAH ialah: manusia dipilih khas oleh Allah swt untuk melaksana amanah addin. WALI ialah: Kekasih Penjaga, Pengawal, Pemelihara, Pemerintah yang berhak. AGAMA ISLAM ialah: acuan panduan hidup daripada Allah swt yang ditaklif keatas manusia.

Sekian Wassalam.

Friday, March 6, 2009

Mai kita teka EXCO Kedah mana yang hina sultan

Exco Kedah yang mana hina Sultan Kedah ? Depa tau dah. Cuba baca.
oleh al-kerohi

Mestilah Dato’ Phahrolrazi dan Taulan Rasul. Depa orang lama. Depa taulah cerita istana.

Ketua Pemuda Kedah kata bukan. Kalau bukan ini mesti kerja Amiruddin Hamzah yang baru dapat Dato’ tu. Dia ni bekaih kakitangan MADA. Habeh rahsia exco dan istana dok dalam poket dia.

Pemuda Kedah yang buat hingaq satu negara nafikan juga. Kalau lagutu, sapa dia ? Mesti Hj hamdan dan Ustazah Ashah Exco Kebajikan tu. Depa ni haji dan hajjah. Cakap-cakap depa macam baling batu sorok tangan. Bukanka?

Bukan juga kata pemuda Kedah yang UMNO tu.

Tau dah. Confirm dah. Hj Abdullah dan Dr Ismail. Dua oghang ni tak banyak cakap. Tapi kalau buka mulut, tentu bahaya punya. Macam buaya dalam air tenang. Orang pendiam jaga-jaga oii.

UMNO Kedah kata depa pun bukan. Habeh hak mana satu ?

Mohamed Radzi dan Tan Wei Shu. Shahih lagu tu. Depa lagi diam. Tak mengaku kata bukan depa. Maknanya depalah.

Rawi jeneral pemuda UMNO kata yang dia tau bukan dua oghang ni. Depa dua ni tak ambek peduli kat oghang. La..kalau lagu tu, ada soghang lagi. Aru yang pencen awai. Takkanlah dia kot?

Wajib dia. Mesti Rawi mengaku punya la. Zam zam Alla Kazam… Rupa-rupanya Ustaz Azizan Razak. Dulu Ustaz ni exco kanan. Hubungan Ustaz yang dok di Jalan Sultanah ni dengan kerajaan dan istana cukup ngam. Mana ada oghang lain dah.

Rawi kena habaq kat polis. Kalau boleh panggil Musa Hassan turun sekali. Tangkap dan gari Ustaz Azizan ni. Boh dia di lokap Bukit Aman barang dua minggu.

Rawi dan Pemuda UMNO yang tarak kerja tu kata bukan jugak . Haghu dan sighu.

Hampa cakap biak betoi. Kalau semua tu bukan, sapa?

Ha…. Kata pemuda UMNO yang depa jumpa dok berak tepi jalan, “Exco sebelum pilihanraya kedua belas dulu gamaknya”.

Pulakkk......


dipeti dari www.kedah lanie

Wednesday, March 4, 2009

100 Al Iman Hasan Al Bana

Salam Kamunting,

Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.

Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi - tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.

Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama - lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.

Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.

Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.

Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama - nama ulama agung dalam sejarah umat ini.

Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.

Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.

Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu - talu. Islam berkecai dalam kepingan - kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah - pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.

Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian - bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.

Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.

Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.

Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.

Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir - hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.

Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..

dipetik dari nikabduh.wordpress.com

Thursday, February 12, 2009

Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan

Sebenarnya setiap orang Muslim mampu membantu Harakah Islamiyah dalam menunaikan tanggungjawab beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam. Ini dapat dilakukan dengan cara mereka menyertai barisan harakah setelah mereka memiliki sifat-sifat yang telah disebutkan iaitu mereka merasai dan menyedari kepahitan yang sedang dideritai oleh umat Islam hari ini dan mereka mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada penderitaan tersebut. Kemudian mereka juga yakin kepada kemampuan dan keampuhan Islam untuk bangun semula dan menyelamatkan umat ini, mampu mengangkat mereka kepada martabat yang tinggi dari sudut keinsanan, akhlak dan peradaban, di samping melaksanakan tuntutan iman yang mengarahkan manusia supaya tunduk patuh secara menyeluruh kepada hukum-hakam Islam dan dasar-dasarnya dalam seluruh urusan hidup.

Kualiti dan Kuantiti.

Adalah menjadi kebiasaan Harakah Islamiyah mempelbagaikan cara dalam usaha meningkatkan mutu saff jama'ah dan memperbanyakkan ahli-ahlinya dengan cara-cara yang dibenarkan oleh Islam. Namun demikian kerja-kerja menghimpun atau memperbanyakkan ahli-ahli ini janganlah sampai ia menghimpun apa saja jenis manusia yang ditemui, kerana kualiti (mutu) itu lebih penting dari bilangan. Jama'ah selalunya berusaha berdakwah dengan bersungguh-sungguh mengorbankan tenaga dan waktu untuk mendapat seorang anggota baru dengan harapan anggota baru ini dapat memikul sebahagian dari tanggungjawab dan tugas jama'ah. Tetapi sekiranya diambil anggota secara sembarangan tentulah harakah tidak mampu menanggung beban dari anggota-anggota sedemikian sepanjang umur mereka. Jika ini terjadi rugilah tenaga yang dicurahkan dan sia-sialah usaha.

Seorang manusia adakalanya menjadi satu umat tetapi ada kalanya ia menjadi bebanan yang merosakkan orang lain malah tidak berguna sama-sekali. Orang seperti ini adalah lebih baik tidak diambil kira. Dalam hal seperti ini banyak pengajaran yang dapat dijadikan I'tibar. Allah menceritakan:


وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

Maksudnya:

"Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." (Surah Al-Taubah 9: Ayat 25)

Sebenarnya bilangan yang banyak bukanlah menjadi perhitungan yang utama, tetapi yang utama ialah anggota yang benar-benar mengenal Allah, teguh pendirian dan benar-benar memperjuangkan kebenaran. Bilangan yang banyak ada kalanya menjadi sebab membawa kepada kekalahan kerana sebahagian yang ikut serta itu terdiri dari mereka yang tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apabila menghadapi saat-saat genting dan getir, pendirian mereka ini akan mudah goncang dan goyah. Dengan sifat demikian mereka ini menyebabkan kelemahan jiwa para anggota dan ketewasan di dalam medan jihad.

Oleh yang demikian membuat penilaian dan pembahagian terhadap anggota-anggota merupakan satu amalan yang membawa kebaikan kerana dengan cara itu jama'ah dapat menilai dan mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemanusiaan para anggota sebelum sesuatu tugas itu dimulakan. Pembahagian yang dilakukan tidaklah bermakna harakah membiarkan sebahagian anggota yang lain, malah terhadap mereka juga harakah mestilah mengambil perhatian berat dengan cara memberi kesedaran dan tarbiah sehingga mereka juga akan menjadi individu-individu yang setia kepada jama'ah.


Baiah dan Hukumnya Di Sisi Syarak.

Baiah ialah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap amir dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah pertama, Baiatul Aqabah kedua, Baiatul Ridhwan. Selepas kewafatan baginda para sahabat terus berbaiah kepada Ulil-Amri mereka.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata: "Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas." (Dari Sahih Al-Bukhari-Bab Al-Fitan)

Dalam bukunya "Fi Al-Din Al-Khalis" Sadiq hasan Khan berkata: "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa tuntutan berbaiah ke atas para sahabat adalah satu sunnah, demikian juga baiah yang diberikan oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w adalah sunnah. Menunaikan adalah wajib manakala mencabulinya adalah maksiat."

Di dalam tafsirannya terhadap hadis ini Ibnu Hajar menyatakan: "Dalam keadaan yang kita sukai atau dalam keadaan yang kita benci, iaitu dalam keadaan kita merasa cergas (serta bersemangat) dan dalam keadaan kita merasa lemah untuk melakukan apa yang diperintahkan". Al-Daudi pula berkata: "Maksudnya ialah sesuatu yang kamu membencinya." Manakala Ibn Al-Tin pula berkata: "Yang jelas apa yang dimaksudkan ialah pada waktu malas dan kesusahan." (Fathul-Bari Jil 13, ms 6)

Abnul Juzi Al-Maliki pula berkata: "Kita tidak harus menentang kerajaan (yakni kerajaan Islam) sekalipun (pimpinannya) melakukan kezaliman sehinggalah ternyata pada mereka kekufuran yang jelas, ketaatan mestilah diberikan kepada mereka sama ada dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali mereka memerintahkan supaya mengerjakan maksiat, maka dalam keadaan demikian tidak ada ketaatan kepada makhluk yang bermaksiat kepada Allah." (Qawaniyyah Fikhiyyah 14)

Seorang saudara petugas yang jujur wajiblah berpegang dengan kewajipan yang diamanahkan ke atas dirinya dalam mua'malah dengan mas'ul dan pimpinan dakwah. Saudara petugas mestilah mengelakkan diri mencari-cari kecacatan dan keaiban saudaranya, kerana sikap berbaik sangka terhadap seorang saudara yang lain adalah dasar asal yang mesti diikuti, bukannya mengikuti cara-cara kepartian yang jauh dari sifat takwa dan semangat keagamaan dan ingatlah setiap bidaah itu adalah sesat.


Taat dan Hukum Syarak.

Taat ertinya menurut perintah. Apabila taat tidak berlaku maka maksiat dan fitnah akan menggantikan tempatnya. Bagi sesorang Mukmin bibit-bibit fitnah itu pada mula mungkin tidak begitu jelas sehingga ia tidak merasai kewujudan fitnah itu kecuali setelah ia benar-benar terjadi. Oleh yang demikian ia wajib berhati-hati dalam segala tutur katanya, perbuatannya dan tindak-tanduknya supaya semua perbuatan-perbuatan tersebut tidak mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman.

Memberi ketaatan (kepada yang berhak) adalah wajib selama ia tidak termasuk dalam perkara maksiat atau perkara yang boleh membawa maksiat sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah Al-Nisa' 4: ayat 59)

Diriwayatkan dari Abu Hurar.a bahawRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa yang mentaatiku bererti ia telah mentaati Allah s.w.t. Barangsiapa yang menderhakaiku bererti ia telah menderhakai Allah s.w.t. Barangsiapa yang mentaati amirku bererti ia taat kepadaku dan barangsiapa yang menderhakai amir-amirku bererti ia derhaka terhadapku". (Hadis)

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik yang berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Dengarlah dan taatlah sekalipun yang dilantik untuk menjadi ketuamu itu seorang hamba Habsyi (yang hitam)."

Satu riwayat yang lain dari Ibnu 'Abbas menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang melihat sesuatu yang dibencinya pada amirnya, maka hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya tidak seorang pun yang memisahkan diri dari jama'ah walaupun sekadar sejengkal kecuali ia mati dalam keadaan jahiliyah."

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang memisahkan dirinya dari ikatan jama'ah sekadar sejengkal sesungguhnya ia telah menanggalkan ikatan Islam dari tengkuknya."

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar yang menyebabkan Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat maksiat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati."



Imam Bukhari juga meriwayatkan sebuah hadis yang berlangsung disandarkan kepada Sayidina Umar bahawa beliau:

"Sesungguhnya manusia di zaman Rasulullah s.a.w dihukum dengan wahyu tetapi sekarang wahyu telah terputus. Oleh yang demikian kami akan menghukum kamu berdasarkan apa yang zahir (jelas) dari amalan-amalan kamu. Maka sesiapa yang menunjukkan kebaikan kepada kami, kami akan melindunginya dan mendekatinya. Kami tidak berhak mencari rahsia hatinya sedikitpun. Allahlah yang akan menghisab perkara yang berkaitan dengan hatinya. Sesiapa yang melakukan kejahatan kepada kami, kami tidak akan melindunginya dan tidak akan membenarkannya sekalipun ia menyatakan niatnya baik". (Riwayat Bukhari).



Rukun-rukun Baiah:

Bergabung dengan Harakah Islamiah pada hakikatnya bermaksud bergabung secara langsung atau amalan di dalam Islam. Ia merupakan permulaan perjanjian baru dengan Allah dan memberikan baiah untuk beramal dan berjihad pada jalan-Nya.

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata:

"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".

1. Faham.

2. Ikhlas.

3. Amal.

4. Jihad.

5. Berkorban.

6. Taat.

7. Tetap Pendirian.

8. Tegas.

9. Persaudaraan.

10. Percaya.

Kemudian Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan rukun-rukun di atas satu persatu. Beliau menyatakan:

1. Faham:

Hendaklah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islamiah yang sejati dan hendaklah saudara memahami Islam sebagaimana kami (para pemimpin) memahaminya berdasarkan usul dua puluh (prinsip) yang ditetapkan. Kami ringkaskan prinsip-prinsip tersebut adalah sebagaimana berikut:

1.1- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (syamil) mencakupi seluruh bidang kehidupan.

1.2- Hendaklah saudara memahami bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam.

1.3- Hendaklah saudara memahami bahawa iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum Islam (syarak) dan tidak boleh dibuat pegangan kecuali jika ianya bercanggah dengan hukum-hakam Islam dan nas-nas agama.

1.4- Hendaklah saudara memahami bahawa semua jenis tangkal, jampi, mantera, tilikan dan ramalan, mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, nujum atau apa sahaja yang seumpamanya adalah satu kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jika jampi-jampi tersebut terdiri dari ayat-ayat Al-Quran dan doa yang ma'thur yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.

1.5- Hendaklah saudara memahami bahawasanya pendapat Imam dan naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan dalam masalah yang boleh ditafsirkan dengan lebih dari satu pentafsiran dan dalam perkara yang melibatkan maslahah mursalah, boleh diamalkan (dipegang) selama ia tidak berlawanan dengan kaedah-kaedah syarak.

1.6- Hendaklah saudara memahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.

1.7- Hendaklah saudara memahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hukum-hakam Syariat Islam maka hendaklah dia mengikuti salah seorang dari Imam-imam (mujtahid) dalam Islam.

1.8- Hendaklah saudara memahami bahawa perbezaan-perbezaan (pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hakam fekah dalam soal-soal cabang (furu') tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama.

1.9- Hendaklah saudara memahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk di dalam erti takalluf (usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama.

1.10- Hendaklah saudara memahami bahawa mengenali Allah Tabaraka Wa Taala, mentauhidkannya dan menyucikannya (dari segala sifat kekurangan) adalah setinggi-tinggi akidah Islam. Kita beriman dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Sahih tentang sifat-sifat Allah sebagaimana zahir ayat-ayat tanpa takwil dan juga tanpa membekukan nas-nas tersebut.

1.11- Hendaklah saudara memahami bahawa setiap amalan bidaah di dalam agama Allah (Islam), yang tidak ada asal-usulnya mestilah dihapuskan dengan cara yang paling bijak.

1.12- Hendaklah saudara memahami bahawa bidaah Idhafiyyah (yang ditokok-tambah), bidaah tarkiyyah (bidaah yang meninggalkan amalan yang sunnah) serta beribadat dengan cara tertentu di dalam ibadat-ibadat mutlak (khusus) adalah masalah khilafiah dalam fikah di mana setiap golongan mempunyai pendapatnya sendiri. Tidak mengapa jika dibincangkan dengan tujuan memberi kebenaran yang disertakan dengan dalil dan keterangan (bukti).

1.13- Hendaklah saudara memahami bahawa mengasihi orang-orang yang salih, menghormati mereka dan menyebut kebaikan-kebaikan mereka yang kita ketahui adalah satu sikap yang akan membawa kita bertambah dekat dengan Allah s.w.t.

1.14- Hendaklah saudara memahami bahawa menziarahi kubur walau bagaimana sekalipun keadaannya adalah suatu perkara sunnah yang disyariatkan mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

1.15- Hendaklah saudara memahami bahawa berdoa kepada Allah yang diiringi dengan bertawassul kepada makhluknya yang tertentu (orang-orang salih) adalah perkara khilafiah furu'ie tentang cara-cara berdoa. Ia bukanlah satu persoalan akidah.

1.16- Hendaklah saudara memahami bahawa adat-adat kebiasaan manusia yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dari lafaz syarak.

1.17- Hendaklah saudara memahami bahawa akidah (yang bersih) adalah asas segala amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari tubuh-badan. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal ini adalah dituntut oleh syarak sekalipun tuntutan itu berbeza-beza mengikut keadaan.

1.18- Hendaklah saudara memahami bahawa Islam memberi kebebasan kepada akal dan mendorongnya supaya memerhati dan mengamati rahsia-rahsia alam, malah Islam mengangkat darjat dan martabat ilmu dan para ulama (ilmuan) serta mengalu-alukan segala hasil kajian ilmiah yang memberi manfaat.

1.19- Hendaklah saudara memahami bahawa pandangan syarak dan pandangan akal ada kalanya kelihatan tidak seiring tetapi syarak dan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'ie (telah jelas dengan dalil). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah sekali-kali tidak akan bercanggah dengan kaedah syariat yang tetap. Apabila terdapat sesuatu penentangan maka perkara-perkara yang bersifat zanni (atau perkara-perkara yang pendapat akal biasa semata-mata) itu, hendaklah diulas dan ditakwilkan supaya sesuai dengan hakikat qai'ie, tetapi seandainya terdapat pertentangan di antara kedua-dua perkara yang bersifat zanni berlaku maka hendaklah diutamakan pandangan syarak dakal biasa dan pandangan syaraklah yang lebih patut disehinggalah peperkara zanni akal tadi benar-benar dapat dibuktikan kebenarannya. Jika tidak demikian maka gugurlah pandangan akal itu dengan sendirinya.

1.20- Janganlah saudara mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur.

2. Ikhlas.

Hendaklah seorang saudara muslim itu berniat bahawa segala perkataannya, pekerjaannya dan perjuangan jihadnya adalah kerana Allah dan untuk mendapat keredaan-Nya dengan tidak mengharapkan keuntungan, pangkat kedudukan, kemegahan dan gelaran. Dengan niat yang ikhlas itu saudara akan menjadi seorang tentera (yang setia) kepada fikrah dan akidah bukan tentera yang tamakkan keuntungan dan kepentingan diri.

3. Amal.

Apa yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah melakukan Islah (pembaikan) terhadap diri sendiri, membina rumah tangga muslim, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air, membetulkan kerajaan sehingga benar-benar bersifat Islam, mengembelingkan kewujudan umat Islam di peringkat antarabangsa, menjadi petunjuk ajaran ke seluruh pelusuk dunia sehingga tidak ada lagi fitnah serta halangan dan agama ini seluruhnya berjalan kerana Allah semata-mata.

4. Jihad.

Jihad yang dimaksudkan di sini ialah kewajipan yang berterusan sejak dahulu hingga ke hari kiamat iaitu kewajipan yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan pernah berniat untuk berperang bererti beliau mati dalam keadaan jahiliah".

5. Berkorban.

Berkorban bermakna mengorbankan jiwa-raga, harta-benda, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk tujuan mencapai matlamat.

6. Taat.

Taat bermaksud mematuhi perintah dan melaksanakannya di masa senang mahupun susah sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang dibenci.

7. Tetap Pendirian.

Tetap pendirian yang dimaksudkan ialah setiap orang dari kalangan saudara terus-menerus beramal dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sekalipun memakan masa yang bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia bertemu Allah dalam keadaan beramal dan berjihad. Dengan itu bermakna dia berjaya memperoleh salah satu dari dua kebaikan iaitu mencapai matlamat atau mati syahid.

8. Tegas.

Tegas atau tajarrud yang dimaksudkan ialah saudara membersihkan fahaman atau fikrah yang saudara bawa dari sebarang pengaruh prinsip-prinsip dan individu yang lain dari fikrah saudara kerana fikrah yang saudara dokong ini adalah fikrah yang tinggi lagi lengkap kerana Allah berfirman:

"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah".

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

9. Persaudaraan.

Persaudaraan yang dimaksudkan di sini ialah saudara mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh saudara-saudara sekalian dengan ikatan akidah, kerana ikatan akidah itu merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.

Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah (Persaudaraan):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Hakakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)". (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair". (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).



10. Percaya.

Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera (jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai, menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya.



Kewajipan-kewajipan Seorang Saudara Muslim:

Di dalam risalah At-Taalim Asy-Syahid Hassan Al-Banna telah menetapkan lebih tiga puluh kewajipan bagi seseorang saudara muslim yang menggabungkan dirinya dengan Harakah Islamiah. Dengan kewajipan-kewajipan ini Imam Al-Banna telah merumuskan kewajipan setiap seorang muslim terhadap dirinya, rumah tangganya dan masyarakatnya. Beliau mengatakan:

"Wahai saudara yang jujur! Keyakinan saudara terhadap persetiaan (baiah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut ini sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita".

1. Saudara hendaklah mewiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan tetapi janganlah dihabiskan dalam tempoh kurang dari tiga hari.

2. Saudara hendaklah membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya. Saudara juga hendaklah mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan sejarah angkatan salafussoleh yang mampu dilakukan sesuai dengan ruang waktu yang ada pada saudara. Sekurang-kurangnya saudara membaca buku "Hamalatul Islam" sebagai kajian permulaan. Hendaklah saudara memperbanyakkan membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadis iaitu hadis 40 susunan Imam Nawawi. Saudara juga hendaklah mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul akidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fekah.

3. Saudara hendaklah segera berjumpa doktor supaya diperiksa kesihatan am saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit saudara hendaklah segera mencari ubatnya. Saudara hendaklah mengambil berat terhadap sebab-sebab kekuatan badan dan pemeliharaannya. Di samping itu saudara hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan.

4. Saudara hendaklah menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan seumpamanya secara berlebihan. Janganlah saudara meminumnya kecuali di ketika yang sangat perlu dan janganlah sekali-kali saudara menghisap rokok.

5. Saudara hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara, dalam rumah tangga, pakaian, makan-minum, tubuh-badan dan tempat kerja (pejabat) kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.

6. Saudara hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Saudara hendaklah menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali saudara memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

8. Saudara hendaklah bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab), semulia-mulia keberanian talah berani berterus-terang dalam perkara yang benar dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9. Saudara hendaklah bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kesungguhan sikap ini tidaklah sampai kepada peringkat sehingga menahan saudara dari bergurau-senda dengan cara yang benar dan ketawa dengan senyum.

10. Saudara hendaklah bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk, dengan cara menunjukkan kegembiraan kepada sesuatu kebaikan dan menunjukkan kedukacitaan terhadap sesuatu yang buruk. Saudara hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan kerana merasa hina atau bertongkat dagu kepada orang lain. (Jika saudara menuntut sesuatu) saudara hendaklah memintanya kurang dari martabat kerana dengan cara demikian saudara dapat mencapai martabat sebenarnya dengan kebenaran.

11. Saudara hendaklah berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan saudara melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang. Budi orang lain hendaklah dikenangkan walaupun ketika bermusuhan. Saudara hendaklah sanggup bercakap benar walaupun ke atas diri sendiri atau ke atas orang yang paling hampir dengan kamu walaupun ucapan itu pahit.

12. Saudara hendaklah benar-benar cergas dan terlatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan am sehingga saudara merasa bahagia dan menyenangkan perasaan apabila saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain. Untuk maksud ini saudara hendaklah menziarahi orang-orang yang sakit, membantu orang yang berhajat (memerlukan), meringankan orang yang menanggung bebanan dan melapangkan orang yang ditimpa bencana dan melapangkan orang yang ditimpa bencana walaupun sekadar mengeluarkan kata-kata yang baik dan manis. Kesimpulannya hendaklah saudara segera melakukan kebajikan.

13. Saudara hendaklah bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur. Dalam perkara ini saudara hendaklah memberi kemaafan dan mengampunkan kesilapan-kesilapan orang lain dan sentiasa bersabar dan bertenang. Bertimbang-rasa bukan terbatas kepada manusia sahaja malah terhadap haiwan sekalipun hendaklah saudara bertimbang-rasa. Saudara hendaklah memelihara pergaulan dan akhlak yang baik dengan orang ramai, memelihara adab-sopan secara Islam, menaruh belas kasihan terhadap yang lebih muda dan menghormati orang-orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk di dalam majlis-majlis perhimpunan, janganlah saudara mengintai-intai, mengumpat-umpat dan menceroboh. Saudara hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki ke satu-satu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya.

14. Saudara hendaklah boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji risalah-risalah Ikhwanul Muslimin seperti akhbar-akhbar, majalah dan seumpamanya yang diterbitkan oleh mereka. Seboleh-bolehnya saudara hendaklah memiliki kutub khanah (perpustakaan) sendiri walaupun kecil. Dengan ini saudara pula hendaklah mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian saudara. Jika saudara termasuk dalam golongan yang mempunyai pengkhususan berkenaan urusan-urusan dalam bidang tertentu, saudara hendaklah mempunyai pengalaman berkenaan urusan-urusan keIslaman sekadar yang membolehkan saudara melihat dan menghukumnya supaya selari dengan tuntutan-tuntutan fikrah perjuangan kita.

15. Saudara hendaklah membuat sesuatu pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya-raya dan hendaklah saudara memilih dan membuat apa jua pekerjaan yang bebas sekalipun kecil. Ceburkanlah diri saudara ke dalam bidang berkenaan walau apa juga kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada saudara.

16. Janganlah saudara mencari-cari kerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan malah saudara hendaklah memandang pekerjaan seperti itu sempit pintu rezekinya. Tetapi jangan pula saudara terus menolak apabila datang peluang pekerjaan. Janganlah pula saudara lepaskan pekerjaan tersebut kecuali kalau ia benar-benar bertentangan dengan kewajipan-kewajipan dakwah kita.

17. Saudara hendaklah berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab saudara dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya, jangan sekali-sekali anda menipu, malah saudara hendaklah menunaikan tugas tersebut tepat dengan mdan janjinya.

18. Saudara hendaklah menuntut hak-hak saudara dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurnatanpa perlu dituntut dantidak menangguh-nangguhkan.

19. Saudara hendaklah menjauhi permainan judi walau apapun jenisnya dan walau apapun tujuannya. Saudara juga hendaklah menjauhi sebarang cara penghasilan yang haram sekalipun memperolehi keuntungan dengan serta merta.

20. Saudara hendaklah menjauhi amalan riba dalam seluruh muamalat malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dari sebarang amalan riba.

21. Saudara hendaklah menggunakan harta kekayaan Umat Islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan institusi-institusi ekonomi Islam dan saudara hendaklah berjaga-jaga supaya jangan tercicir walaupun satu sen ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Janganlah saudara memakai dan memakan kecuali pakaian dan barang makanan yang dikeluarkan oleh negara Islam.

22. Saudara hendaklah menyumbangkan untuk dakwah kita dari harta saudara dan jangan lupa mengeluarkan zakat yang wajib malah hendaklah saudara menguntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki sekalipun pendapatan saudara sangatlah kecil.

23. Saudara hendaklah menyimpan sebahagian dari wang pendapatan saudara untuk waktu-waktu kecemasan walaupun sedikit dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus di dalam amalan-amalan membelanjakan wang dalam perkara-perkara yang tidak mustahak.

24. Saudara hendaklah berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup. Di antara adat tersebut ialah cara-cara memberi hormat, bahasa, sejarah. Masa bercuti, makanan, minuman, cara-cara datang dan pergi, cara berduka, cara bersuka dan sebagainya. Dalam semua kebiasaan-kebiasaan itu saudara hendaklah beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

25. Saudara hendaklah pulaukan mahkamah tempatan dan sebarang proses kehakiman yang bukan Islam, kelab-kelab, akhbar-akhbar, perkumpulan-perkumpulan, sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang menentang fikrah Islamiah. Pemulauan tersebut mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh.

26. Saudara hendaklah sentiasa merasai diri saudara berada di bawah pengawasan Allah s.w.t, mengingati hari akhirat dan bersedia untuk ke sana dan hendaklah saudara mempertingkatkan perjalanan hidup sehari-hari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan hemat dan keazaman yang kuat. Dekatkanlah diri saudara kepada Allah s.w.t dengan cara mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang tahajud (di waktu malam), berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan, memperbanyakkan zikir di dalam hati dan lidah dan berdoa dengan doa-doa yang ma'thur dalam setiap keadaan.

27. Saudara hendaklah melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

28. Saudara hendaklah mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

29. Saudara hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan Haji ke Baitullah apabila saudara berkemampuan pergi ke sana dan jika sekiranya saudara belum mampu hendaklah membuat persediaan untuknya mulai sekarang.

30. Saudara hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid serta melakukan persediaan sedaya-upaya untuk berjihad dan mati bersama-sama dengan para syuhada'.

31. Saudara hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar. Saudara hendaklah memperuntukkan masa selama satu jam sebelum tidur untuk menghisab diri saudara tentang kebaikan-kenaikan dan kejahatan-kejahatan yang telah saudara lakukan. Saudara hendaklah menjaga masa kerana masa itu adalah kehidupan. Oleh itu janganlah saudara membazirkan masa itu walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah saudara menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubahat dan samar-samar hukumnya supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

32. Saudara hendaklah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu saudara sehingga mudah saudara mengendalikannys. Saudara mestilah menjaga penglihatan saudara (dari benda-benda atau tempat-tempat yang haram) dan kuasailah desakan-desakan naluri saudara dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal lagi baik dan elakkanlah diri dari sesuatu yang haram walau apapun bentuknya.

33. Saudara hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari arak, minuman-minuman yang memabukkan dan minuman-minuman yang melemahkan kesihatan badan atau minuman yang seumpamanya.

34. Saudara hendaklah menjauhkan diri dari berdampingan dengan rakan-rakan yang jahat, kawan-kawan yang rosak dan segala tempat berlakunya maksiat dan dosa.

35. Saudara hendaklah memerangi tempat-tempat permainan yang keji apatah lagi menghampirinya malah saudara juga menjauhkan diri dari cara hidup yang bermewah-mewahan dan bersenang-lenang.

36. Saudara hendaklah mengenali anggota-anggota pasukan saudara demi seorang dengan sebenar-benar pengenalan. Di samping itu saudara juga memperkenalkan diri saudara kepada mereka sama seperti saudara mengenali mereka dengan cara menunaikan dengan sempurna hak-hak persaudaraan seperti kasih-sayang, menghargai, memberi pertolongan, mengutamakan diri mereka dan menghadiri majlis-majlis mereka, janganlah saudara ketinggalan dari menghadirinya kecuali keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Saudara hendaklah sentiasa membuktikan bahawa saudara benar-benar mengutamakan diri mereka dari diri saudara sendiri.

37. Saudara hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

38. Saudara hendaklah bekerja untuk menyiarkan dakwah saudara di segenap ceruk rantau dan saudara hendaklah melaporkan kepada pucuk pimpinan tentang keadaan suasana yang mengelilingi saudara dan janganlah saudara melakukan sesuatu kerja yang menjejaskan dasar-dasar seruan kita melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu (dari pucuk pimpinan). Dalam melakukan kerja sedemikian, saudara hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan pucuk pimpinan, malah dari sudut jiwa dan amalan saudara hendaklah menganggap diri saudara adalah seorang perajurit yang sentiasa bersiap-sedia di khemahnya, hanya menunggu saat menerima perintah dan tindakan.



Wirid Rabitah:

Saudara bacalah ayat-ayat suci di bawah ini dengan penuh tadabbur dan renungilah maksudnya:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (Surah Aali Imran, Ayat: 26 - 27).



Kemudian saudara hendaklah menghadirkan di dalam ingatan saudara rupa rakan-rakan yang saudara kenali merasakan wujudnya ikatan hubungan kerohanian dengan mereka dan rakan-rakan yang belum saudara kenali. Kemudian berdoalah untuk mereka semua dengan doa ini:

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

Yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

dipetik dari al islam.com

Monday, February 9, 2009

Perjuangan Tanpa Nokhtah

Sejarah Mematangkan PAS


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته.

1. Latar belakang penubuhan PAS


Gerakan menubuh PAS adalah bermula daripada kebangkitan ulama di tanah air kita pada awal 1950-an. Pelopor gerakan itu adalah Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan melalui suatu muktamar ulama-ulama Islam peringkat kebangsaan pada 21- 22 Februari 1950 bertempat di Bangunan Kelab Muar Johor.

Pada muktamar tersebut 46 perwakilan hadir dan 300 pemerhati yang sebahagian besar adalah alim ulama ahli UMNO. Rumusan daripada muktamar itu, telah ditubuhkan Persatuan Ulama-ulama Se-Malaya.


Pada 23 Ogos 1951, Persatuan Ulama itu telah mengadakan muktamar ke-2 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Muktamar itu mentercetuskan resolusi menubuh parti politik Islam yang bebas dari UMNO bagi mencapai tujuan pemusatan hal ehwal Islam yang lebih baik. Pemusatan hal ehwal Islam tidak boleh dibuat sekiranya Persatuan Ulama terus berada di bawah UMNO. Lantas itu dibentuk satu panitia Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan.


Inisiatif panitia itulah telah mencapai persetujuan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, ulama perseorangan, qadhi-qadhi dan mufti; iaitu mengadakan muktamar di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Perai pada 24 November 1951. Daripada muktamar itulah tertubuhnya Persatuan Islam Se-Malaya ringkasnya PAS.


Penubuhan PAS pada 24 November 1951 adalah melibatkan tokoh-tokoh seperti :


Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Hassan – Ydp. (Seberang Prai)
Tuan Hj Muhammad Ghazali Bin Hj Abdullah – Timb. Ydp.(Pulau Pinang)
Tuan Hj Hussein Bin Che Dol - Naib Ydp.(Bhg Utara/ Kedah)
Fakir Bin Muhammad Nor - Naib Ydp.(Bhg Tengah/Selangor)
Abd.Rahman Bin Jamaludin al-Jambuli-NaibYdp.(Bhg Selatan/ Singapura)
Tuan Hj Ahmad Bin Maliki - Setiausaha Agung (Seberang Prai)
Tuan Hj Ahmad Bin Tuan Husin - Bendahari Agung (Seberang Prai)
Yahya Bin Jonid – AJK , Padang Lumat (Kedah)
Ismail Bin Said – AJK , Anak Bukit (Kedah)
Tuan Hj Ahmad Badawi - AJK, Seberang Prai.
Tuan Hj Zabidi - AJK, Seberang Prai.
Tuan Hj Muhammad Bin Long AJK, Perlis.
Mohammad Bin Haniff - AJK, PulauPinang.
Ahmad Bin Hasii - AJK, Seberang Prai.


Daripada nama-nama pimpinan ulung itu, kesemuanya adalah dari utara kecuali seorang dari Singapura dan seorang dari Selangor. Tidak ada seorang pun dari pantai timur (atau Kelantan).
Sementara itu, didapati tiga orang adalah dari Kedah iaitu Hj Husin Bin Che Dol, Ustaz Yahya Bin Jonid dan Ismail Bin Said.


Hakikat ini membuktikan langkah awal PAS bertapak dan berkembang adalah di utara Tanah Melayu dan negeri utama adalah Pulau Pinang dan Kedah. Ini disokong pula oleh penubuhan cawangan PAS yang julung-julung kali (yang menghadiri muktamar pertama PAS) adalah terdiri daripada:


2 cawangan dari Pulau Pinang (Bandar dan Bayan Lepas)
2 cawangan dari Seberang Prai (Pokok Sena dan Bukit Mertajam)
4 cawangan dari Perak (Titi Serong, Krian, Hilir Perak & Hulu Perak)
2 cawangan dari Selangor (Sentul dan Sungai Penchala)
1 cawangan dari Perlis (Perlis) 1 cawangan dari Kedah (Bukit Besar).


Namun perkembangan PAS tidak berpihak kepada negeri Kedah atau sebelah utara tanah air, sedang sejarah merakamkan, bahawa seorang tokoh dari Kedah iaitu Hj Husin Che Dol pernah hadir ke Kelantan memberi penerangan mengenai PAS di Pasir Puteh Kelantan. Malahan pula, negeri Kedah , Perak dan Seberang Prai pernah mencatat sejarah gemilang dengan melahirkan tokoh-tokoh dalam PAS melalui pusat pendidikan Islam seperti Maahad Al-Ehya' As-Syariff Gunong Semanggol.

Soalnya mengapakah kini kegemilangan itu lenyap khususnya di Perak, sebaliknya terserlah di Kelantan dan Terengganu.


3. PAS sebagai parti pemerintah Negeri


PAS pernah mendapat mandat memerintah di Kelantan dan Terengganu tetapi di negeri-negeri sebelah utara, tempat PAS mula berkembang. Kecuali semasa PAS menjadi komponen Barisan Nasional, ( PAS pada waktu itu menjadi parti pemerintah bersama-sama UMNO. ) PAS dapat memerintah Kelantan dan Terengganu adalah bermula daripada pilihan raya 1959.

Kejayaan pada pilihan raya tersebut adalah sebenarnya bermula daripada sejarah gerakan PAS atas dasar Islam. Bagaimana masyarakat Kelantan pada awal-awal penubuhan PAS adalah bergerak atas kesedaran dan keyakinan perjuangan Islam.


Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus ada mencatatkan: "Di Kota Bharu saya gagal mendapat kawan-kawan yang mahu ikut serta dalam parti Islam itu...Akhirnya saya ditukar ke Pasir Mas.... di Pasir Mas sahabat saya yang pertama ialah Ahmad bin Yatim....Ahmad Yatim telah menjadi sahabat saya. Persahabatan itu telah banyak menolong saya dalam mencapai cita-cita perjuangan saya. Kawan-kawan beliau yang ada kesedaran polotik mulai menjadi kawan-kawan saya.

Kedai jahitnya menjadi tempat persinggahan orang-orang yang berhubungan dengannya....Bagi mendapat sebanyak-banyak kawan secepat mungkin saya gunakan ajaran nabi kita iaitu beri salam kepada mereka yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal. Di mana sahaja saya pergi dan bertemu orang Melayu, saya ucapkan assalamulaikum.

Di kedai kopi untuk mereka yang ada di dalamnya. Di pasar, kepada penjual ikan, di kedai rokok kepada penjaganya. Kelihatan juga mulanya ada yang hairan, tetapi bila saya menghulur wang untuk membeli rokok, tahulah dia pemberi salam bukanlah pengemis".


Allahyarham Amaludin Darus seterusnya mencatatkan bagaimana beliau berjaya mengembangkan dasar perjuangan PAS kepada tokoh-tokoh agama yang bertaraf Tuan Guru (di Kelantan dikenali sebagai Tok Guru). Pengamalan beliau amat memberangsangkan kerana sanggup berdepan dengan tok guru sehingga dapat meyakinkan golongan orang agama untuk turut serta menegakkan Islam menerusi wadah PAS.


Menurutnya "Saya terangkan kepada Tok Guru kita betapa pandangan daripada orang-orang yang setengah terpelajar dan yang terpelajar terhadap agama dan guru-guru agama. Saya jelaskan pengalaman-pengamalan saya berhubung dengan sikap yang menghina dan berpura-pura memuliakan Tok Guru-Tok Guru yang saya saksikan sendiri di majlis-majlis di mana-mana negeri pun...."Tok Guru yang tadinya merah padam mukanya kerana marah, sekarang mulai tenang dan memberi perhatian kepada apa-apa yang saya perkatakan. Beliau telah mulai memahami maksud kedatangan saya".


Justeru itu PAS dapat dikembangkan dengan baik di Kelantan adalah disebabkan kepekaan rakyat Kelantan terhadap agama Islam . Fenomena ini kian marak dengan penerimaan golongan agama seperti guru-guru pondok terhadap dasar Islam yang diperjuangkan PAS. Mengambil kira keadaan ini, sudah pasti langkah mengembangkan PAS hendaklah bermula dengan menyebarkan kesedaran Islam secara menyeluruh khususnya kepada umat Islam.


Sementara itu, hubungan pimpinan PAS dengan masyarakat sekitar hendaklah dibina dan dipereratkan demi mengembangkan lagi dakwah PAS terhadap orang awam yang belum menerima PAS.


Kembali kepada sejarah PAS yang memerintah Kelantan dan Terengganu. Menurut penganalisa politik pada masa itu , PAS dapat memenangi pilihan raya 1959 adalah kerana,


PAS dapat mempengaruhi dan memanfaatkan sepenuhnya tokoh-tokoh agama tempatan bagi memujuk pengundi-pengundi sekampung mengundi PAS, dan ….Strategi PAS ialah berkempen dari rumah ke rumah kira-kira tujuh bulan lebih awal dari tarikh pilihan raya.


Melihat kepada faktor tersebut, PAS pada masa kini tetap menggunakan kaedah yang sama di samping beberapa kaedah lain yang diperkenalkan setiap kali menghadapi pilihan raya. Ini kerana kita yakin, memasuki pilihan raya adalah memerlukan sokongan rakyat. Lebih banyak pendekatan yang boleh menarik perhatian , simpati dan sokongan rakyat , maka bertambah ramailah rakyat bersama kita.

4. PAS sebagai komponen Barisan Nasional


Selepas PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu, didapati banyak keputusan-keputusan dasar dan strategi PAS dipengaruhi oleh suasana di Kelantan dan Terengganu. Namun begitu , selepas kerajaan PAS Terengganu hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri pada Oktober 1961 disebabkan beberapa orang ADUN PAS belot, tinggallah PAS Kelantan sebagai kerajaan. Bermula daripada situlah, PAS Kelantan mendapat perhatian serius pimpinan dari segi gerak kerja dan strategi politik .


Keadaan sedemikian kekal sehingga PAS di bawah pimpinan Allahyarham Dato' Mohd Asri Hj Muda menghadapi beberapa masalah dalaman sehingga keputusan pilihan raya 1964 dan 1969 didapati pengaruh PAS mula merosot berbanding dengan pencapaian 1959.


Keadaan politik tanah air pada tahun 1960-an banyak dicetuskan dengan isu perkauman, maka PAS pada waktu itu turut prihatin dengan isu tersebut. Tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, melahirkan pendekatan baru politik PAS , yang akhirnya membawa kepada perbincangan UMNO – PAS untuk menyertai Perikatan.


Pada September 1969, Dato' Mohd Asri telah mengadakan persefahaman dengan Tun Abd Razak Timbalan Perdana Menteri dan pada 21 Disember 1972, Kongres Khas PAS meluluskan pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan. Perisytiharan rasmi dibuat di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Disember 1972, akhirnya 1 Januari 1973 rasmilah pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Kelantan. Rintisan kerajaan campuran itulah , membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada pilihan raya 1974.


Namun PAS tidak bertahan lama dalam Barisan Nasional, kerana kepimpinan PAS mula tidak sependapat, sementelah pula kepimpinan UMNO Kelantan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah sentiasa mencari helah melaga-laga pimpinan PAS sehingga tercetus isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada waktu itu, Dato' Hj Muhammad Nasir.


Diikuti dengan rusuhan (penyokong Dato' Muhammad Nasir), kemudian kerajaan PAS Kelantan di MAGERAN pada 8 November 1977. Selepas itu (13 Disember 1977), PAS telah dipecat daripada komponen Barisan Nasional kerana tidak menyokong Rang Undang-undang Darurat yang dibentang di parlimen pada 19 Oktober 1977. PAS telah berpecah lalu tertubuhlah Berjasa dan PAS tewas dalam pilihan raya 1978. Saat itu kembalilah PAS sebagai pembangkang di Kelantan dan di peringkat persekutuan.


5. Masalah dan Tribulasi PAS


Pengalaman PAS pada keseluruhannya bergerak dalam keadaan dilanda masalah dan tribulasi yang berterusan. Masalah bermula tatkala PAS memenangi pilihan raya dan memerintah Kelantan dan Terengganu.


Masalah kepimpinan merupakan pencetus utama kemerosotan pengaruh PAS. Kerajaan PAS Terengganu jatuh lantaran ada pimpinan yang belot dan tidak istiqamah dengan kepentingan parti. Sementara PAS Kelantan dilanda perpecahan lantaran wujud dua kepimpinan dalam satu parti, masing-masing salah menyalah di antara satu sama lain , akibatnya musuh menyelinap dan memecahkan benteng kekuatan PAS Kelantan.


Penyakit sedemikian terus menular, sehingga ada setengah kepimpinan yang tidak bersedia berundur meskipun gaya kepimpinannya telah disangsikan dan tidak mampu membawa dasar parti. Hal ini, jelas berlaku kepada Allahyarham Dato' Mohd Asri, yang kemudiannya terpaksa keluar dari PAS lalu menubuhkan Hamim dan beliau sebagai Presiden. Pada masa itu, PAS menghadapi era kepimpinan ulama' hasil daripada kesedaran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang lain.


Perubahan era kepimpinan itu adalah atas kehendak seluruh ahli PAS yang mahu menterjemahkan kepimpinan PAS sebagai yang berteraskan ulama' demi memulihkan kewibawaan perjuangan Islam dan menanam keyakinan semula rakyat terhadap PAS.


Bertolak daripada perubahaan era kepimpinan tersebut, prestasi dan sikap PAS makin terserlah di dalam negara hatta peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi dengan ketokohan kepimpinan masa kini, Mursyidul Am Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan beberapa orang tokoh lagi, ternyata gerakan PAS setanding malah lebih disegani oleh gerakan-gerakan Islam sedunia.


6. PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah


Dalam era 1990-an, PAS tetap mampu mengharungi arus politik perdana. Mulai tahun 1990, PAS mampu mencipta prestasi dengan lonjakan berganda; berjaya menguasai semula kuasa politik Kelantan bersama-sama parti-parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim melalui wadah Angkatan Perpaduan Ummah. Kekentalan rakyat Kelantan memberi harapan kepada PAS dengan mesej Islam sebagai ad-din mentadbir Kelantan atas nama kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah membuktikan PAS tetap subur dalam arus politik tanah air.


Sejarah pilihan raya 21 Oktober 1990 tetap menjadi catatan penting dengan PAS mengamalkan sikap terbuka dan bertoleransi dalam perjuangannya. Sikap ini telah dijelaskan oleh Presiden PAS dalam Muktamar 1989 dan sikap ini tetap diamalkan sekarang.


Meskipun begitu, pengalaman memerintah Kelantan dalam era 90-an adalah lebih mencabar berbanding dengan era 60-an. Pada penggal pertama (1990-95), tidak banyak kerenah politik berlaku dalam PAS dan kerajaan Negeri. Keadaan ini mungkin kerana rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah tetap akur dengan perpaduan yang dibina sejak tahun 1989.

Dalam tempoh ini, kerajaan negeri banyak diasak oleh kerajaan Pusat dan UMNO dalam segenap penjuru. Perlaksanaan dasar pentadbiran terus berjalan dengan baik. PAS menerusi sokongan rakan-rakan Angkatan Perpaduan Ummah telah berjaya melaksanakan dengan cemerlang cita-cita pembangunan Kelantan atas slogan Membangun Bersama Islam. Banyak unsur dan dasar Islam telah dipraktikkan dalam pelbagai program untuk rakyat seluruh Kelantan.


Namun memasuki penggal kedua (selepas pilihan raya 1995), kerenah mulai timbul dan sengaja ditimbulkan oleh rakan kita daripada Semangat 46. Para pemimpin Semangat 46 mulai mencari peluang bagi menutup kelemahan parti mereka. Mereka telah menuntut hak-hak yang tidak munasabah seperti jumlah lantikan exco dari kuota PAS, jumlah lantikan penghulu dan ahli majlis daerah, mengeluarkan kenyataan sangka buruk terhadap PAS, menimbulkan bibit perpecahan dalam pentadbiran dan mengheret sama istana dalam isu-isu pentadbiran negeri. Semua yang mereka lakukan seolah-olah mereka pembangkang kepada kerajaan yang didokongi mereka sendiri.


Lantaran itu, kerajaan Kelantan dan hubungan PAS dengan Semangat 46 berada dalam kronik. Walau bagaimanapun, kita menyakini perjuangan Islam tetap benar dan PAS sebagai salah satu wadah perjuangan itu pastinya akan terus kukuh dengan cita-cita suci bagi mendaulatkan hukum Allah. Dalam hal ini, kita serahkan kunci penyelesaian kepada kebijaksanaan pimpinnan kita dan sama-sama kita berdoa, insya Allah PAS tetap unggul sebagai parti politik dan gerakan Islam di negara ini.


7. Masa Depan PAS


Firman Allah (Al-Ahzab, ayat 36) bermaksud:


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا


"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulnya, maka sesungguhnyalah dia telah sesat, sesat yang nyata"


Justeru itu, istiqamahlah dalam perjuangan Islam dan yakinlah dengan perjuangan PAS. Sesungguhnya PAS tetap menjunjung perjuangan yang diamanahkan Allah dan disunnahkan oleh Rasulullah saw.


Firman Allah lagi (Fussilat, 41 ayat 30) bermaksud:


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ


"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), "janganlah mereka merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".


PAS memerlukan ahli dan pemimpin yang istiqamah dan sanggup berjuang dengan bersungguh-sungguh. Yakinlah , Allah pasti akan memberi kemenangan kepada perjuangan islam , sama ada menang di dunia ataupun menang di akhirat (mendapat balasan syurga). Kita yakin masa depan PAS tetap gemilang. Tugas kita hanyalah berkerja keras demi kemenangan Islam.

dipetik dari UST Nasruddin tantawi

Malaysian Politician say the darndest thing



Arumugam letak jawatan Adun, p'raya di Bukit Selambau

Abdul Rahim Sabri | Feb 9, 09 9:23pm

dikemaskini Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Dr Abd Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya.

Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi.

Menurut Dr Abd Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional.

Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya.

Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.

Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya.

Baru-baru ini, beliau mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.

Tawaran habuan RM5 juta

Sementara itu, Bernama melaporkan Azizan berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr Abd Isa.

Dr Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan Adun yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu exco kerajaan negeri dan Adun.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.

Beliau berkata Speaker Dewan Undangan Negeri akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan Adun itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil kawasan berkenaan diadakan.

Ditanya mengenai sebab peletakan jawatan itu, Azizan berkata antara kandungan surat Arumugam ialah beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya,

Azizan berkata beliau masih belum dapat menghubungi Arumugam sehingga sekarang dan beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik.

Mengenai tindakan Arumugam yang meletak jawatan, Azizan berkata: "Ia adalah amalan biasa dalam kalangan ahli politik, ramai orang meletak jawatan dan ia bukanlah sesuatu yang baru."

Mengenai sama ada terdapat kemungkinan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat akan melompat parti menyertai BN, beliau berkata: "Sekarang memang begitu rancak lompat-melompat dan orang 'offer untuk cross over' tetapi kena ingat ada 'traffic light'".

Petisyen salahlaku

Arumugam adalah pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, beliau bertanding atas tiket bebas serta memenangi kerusi DUN Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.

Beliau muncul sebagai calon bebas di saat-saat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal.

Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Baru-baru ini sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku seorang anggota Exco kerajaan negeri kepada Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Mereka mendakwa anggota exco berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Arumugam gagal dihubungi dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon, termasuk daripada Menteri Besar dan wartawan manakala rumahnya di Sungai Petani telah kosong sejak dua hari lepas.

dipetik dari www.malaysiakini.com

Thursday, February 5, 2009

Hamba Allah

Wahai hamba Allah, ingatlah....

Kita sekarang diserang penyakit " wahan ". Sayangkan harta, sayangkan pangkat, cintakan dunia tidak takut kepada akhirat.

Ingatlah wahai hamba Allah yang menggelar dirinya sebagai Sultan Perak. Celakalah keatas pemimpin yang mencintai dunia, yang menindas jemaahnya. Celakalah pemimpin yang dhzolim...

InsyaAllah..bila yang zahir jadi fana dan yang fana menjadi zahir, ketahuilah kamu akan perbuatan kamu didunia ini.

Saturday, January 31, 2009

Doa

Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.

Ya Allah Tuhan kami.

Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat.

Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang.

Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya.

Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri.

Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas.

Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati di dalam iman.

Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan ke dalam hati mereka.

Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami

Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau

Ya Allah Tuhan semesta alam.

Wa billaahit-tawfiq wal hidayah.
Subhanaka Wabihamdika wa ash-haduallaa ilaaha illa anta.
Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik
Wasallallaahu 'alaa Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihiwassalam. Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

Jihad

Friday, January 30, 2009

Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Alif...Ba...Jim...Dal

Hmmmmm....

aku baru kenal dengan huruf2 nih..kalaulah aku kenal lebih awal alangkah indahnya...Aliff maknanya ALLAH...Ba makna nya BahaALLAH...Jim maknanya Jalalullah..dan Dal maknanya Dinullah.

Besar maknanya..Alhamdulillah berjaya aku terimanya..dan InsyaAllah akan aku mendalami dan menurutinya.

Saturday, January 10, 2009

Solat Hajat

Malam ini akan diadakan Solat Hajat bertujuan untuk memohon keselamatan masyarakat islam di Gaza dan menghancurkan israel . Bertempat surau Pondok Hj Hussain, Seberang Pendang, Pendang Kedah....Marilah ramai2 menghadirkan diri...