Wednesday, November 26, 2008

Alahai Melayu

Usul memotong gaji Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebanyak RM10 yang dikemukakan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) kerana, menurut Teo, Hishammuddin gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menarik perhatian saya (apabila hansardnya siap, ada perkara lain yang ingin saya bangkitkan).

Walaupun begitu, saya taklah nak kata apa-apa. Saya hanya teringat kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu apabila seorang guru berbangsa Cina yang mati kerana terjerlus di sebuah sekolah Cina di Alor Setar. Sekolah itu reput akibat dimakan anai-anai.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, persatuan-persatuan dan parti-parti politik Cina menjerit. Sidang Dewan Rakyat juga panas. Hishammuddin terus mengumumkan peruntukan khas RM10 juta untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah muballigh (missionary schools).

Mat Sabu memberitahu saya, "Kalau guru sekolah agama rakyat ka, sekolah kebangsaan pun, yang mati terjerlus macam tu, mesti menteri akan tuduh sekolah tu bina tak ikut spec (spesifikasi) la, atau kata dah takdir la, nak buat macam mana... Memang la kita lawan, tapi kita lawan sorang-sorang la. Dalam ceramah-ceramah aku, aku nak bagi tahniah kat orang Cina, sebab depa pandai pertahan hak depa".

Posting berkaitan Melayu yang tidak sehebat orang Cina mempertahankan hak sendiri itu di sini dan di sini. Kesian orang-orang Melayu Umno. Yang diperjuangkan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu yang sebenarnya tidak ada.

Baru-baru ini, ketika bercakap mengenai orang Melayu dan umat Islam, Mat Sabu bertanya saya, "Allah s.w.t. mengutuskan beratus-ratus Rasul ('a.s.s.), Nabi Muhammad (s.'a.w.w.) berjuang punyalah teruk, adakah nak lahirkan umat macam kita la ni? Ajaran yang kita (umat Islam) amalkan ni, betul ka ajaran Muhammad ka? Ka dah ajaran lain dah?

"Hang tengok la, orang Islam paling mundur, paling lemah, paling miskin, paling rasuah, paling zalim kepada rakyat sendiri, semua yang teruk-teruk. Umat macam ni ka yang Allah dan Nabi Muhammad nak cipta?"


dipetik dari ~penarik beca

No comments: